Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler bukan sahaja
kecewa dengan kekalahan pertama dialami pasukannya musim ini, tewas 1-2 kepada
Selangor malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi yang lebih mengecewakan,
dia ibarat tiada kuasa penuh sebagai Ketua Jurulatih apabila sekadar menjadi
PAK TURUT dan terpaksa mengikut sahaja telunjuk pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan
(KAFA).
Ini menurutnya ekoran campurtangan pengurusan dalam urusan
pemilihan pemain, terutamanya AWANG IMPORT, di mana dia langsung tidak tahu
siapa pemain yang dibawa masuk, siapa yang kekal, siapa yang keluar, dan apa status mereka – terbaru terpaksa
menurunkan pemain import baru mereka, Nwoha Onyekachi selepas kontrak Muhamad
Ghadar ditamatkan, malah dia langsung tidak pernah melihat pemain itu beraksi sebelum ini.
“Saya tak mahu komen, saya tak tahu (kenal) dia, saya tengok
dia 30 minit buat kali pertama malam ni, saya cuma berdiri di sini, bukan saya
yang evaluate dia, itu bukan tugas saya, apa yang saya nampak ya dia bagus,
workrate bagus, tapi belum ada persefahaman dalam team..”.
“kalau dia dah satu minggu dalam team saya boleh nilai dia,
dia masuk secara tiba-tiba, kuasa bukan di tangan saya. Apa saya boleh buat? Saya
perlu hormat keputusan pengurusan. Tetapi saya tak tahu apa peranan saya di
sini, saya selalu tertanya-tanya, dan sudah penat bertanya soalan sama. Saya
jurulatih dengan prinsip yang tinggi, pergi mana-mana orang hormat saya, tapi
saya perlu adil dan jujur dengan diri saya, kalau saya tak boleh kerja macam
saya mahu, saya mesti tanya beberapa soalan (kepada pengurusan)…”. – Peter Butler.
Menurut Butler dia sudah merangka formasi dan strategi
tersendiri untuk perlawanan menentang Selangor, tetapi terpaksa merombaknya
pada saat akhir untuk menyesuaikannya dengan kehadiran pemain baru, dan memberi
gambaran betapa jodohnya bersama Kelantan mungkin tidak berpanjangan.
![]() |
Nwoha dicabar Ramez, foto : Bernama |
“saya ada tanggungjawab, kontrak saya dua tahun, tapi what
is my role? Saya akan pulang, dan berfikir tentang perkara ini, berbincang
dengan pengurusan, dengan cara baik, tapi saya memang kecewa..”.
Mengulas mengenai kekalahan pertama pasukannya musim ini,
yang juga kekalahan pertama kepada Selangor selepas 3 tahun (kali terakhir
tewas pada Februari 2009, 0-3 di Shah Alam), Butler berkata pasukannya tidak
memanfaatkan peluang dengan baik, dan memberi peluang kepada Selangor untuk
menguasai perlawanan.
No comments:
Post a Comment