Tuesday 6 April 2010

Kembali Semula...

Setelah difikirkan.....kesian kat blog ni dah tak dipedulikan lagi. Blog baru aku tu hanya photoblog....takde text sangat... So...aku ingat nak jadikan blog ni tempat untuk aku meluahkan apa sahaja yang terlintas di kepala otak aku....sama ada hal-hal di sekolah, family...atau apa saja la.

Untuk entry yang pertama setelah sekian lama tak buat antry kat blog ni...aku nak citer skit pasal hal sekolah la....

Bukan nak mengutuk apa lagi mengumpat...hanya nak meluahkan pendapat.

Ini berkenaan tajuk "Seksa jadi cikgu" yang keluar dalam Berita Harian minggu lepas. NUTP pergi mengadu kat Menteri Pelajaran tentang beban guru yang semakin bertambah. Bukan beban apa...beban kerja-kerja di luar bilik darjah.

Sebagai seorang cikgu, aku sendiri terasa beban itu walaupun tak berat sangat. Kalau nak diikutkan...tugas hakiki seorang cikgu adalah mengajar (termasuklah persedian sebelum mengajar dan kerja-kerja selepas mengajar). Dalam masa yang sama cikgu juga kena membina soalan untuk ujian dan peperiksaan...itu ok lagi.
Kena tanda kertas ujian dan peperiksaan...itu pun ok lagi. Kena buat analisis markah murid dan analisis ujian dan pepriksaan...dan itu pun aku rasa ok lagi... Yang tak ok nya....cikgu-cikgu diarahkan diulang sekali lagi....diarahkan membaca buku-buku ilmiah 7 buah setahun....diulang sekali lagi 7 buah setahun. Itu pun aku rasa ok lagi...sebab bagus la...baca buku...sekurang-kurangnya boleh menambah ilmu pengetahuan. Yang paling tak ok dan tak patutnya....kena bentangkan apa yang kita baca tu selama 30 minit....alasannya perkongsian ilmu itu perlu...ilmu yang kita ada tak boleh disimpan...perlu disebar-sebarkan....betul tu. Tapi nak kena bentang tu nak kena buat persiapannya...dengan power pointnya....dengan handoutnya....Last-last...murid terabai....

Jadi aku harap pihak yang sepatutnya fikir-fikirkan lah.....kami cikgu-cikgu ni pun manusia...ada keluarga yang perlukan kami....kadang-kadang tu hujung minggu dihabiskan masa dengan kerja-kerja memeriksa buku murid....memeriksa kertas-kertas ujian murid...membuat persediaan untuk mengajar kesesokannya....Masa kami terasa sangat terhad untuk anak dan isteri/suami... Jangan sampai kami tidak ikhlas melakukan tugas kami sudah....setakat ni....aku ikhlas la....

renung-renungkan...selamat beramal!