Monday 27 April 2009

Kecewa...



Kecewa.... the red warriors tewas pada fina FA Cup hari sabtu hari tu. Korang semua tentu tgk. Aku berada di stadium mlm tu. Ramai giler manusia. Anggaran 85000 penonton red giant ngan red warriors memenuhi stadium.

Nak ke stadium dah menempuh berbagai cabaran. Aku park kereta kat stesen LRT Sg Besi. Kononnya tak nak jem kat stadium. Alih2 kat stesen LRT pun dah penuh parking. Apa lagi selit2 je la. Nasib LRT selang 5 minit je. Dalam tren takyah citer ah, penuh, macam sardin. Kami masuk je dalam tern, alih2 termasuk dalam tren penyokong selangor. Terkebil-kebil la diorang tgk kami yg memakai jersi kelate. Buat donno je la. Sampai je kat stesen Bkt Jalil, semua bertepuk dan bersorak, macam dah score goal.

Walaupun kalah, kelate main bagus. Berbeza dgn kelate dulu. Syabas. Aku harap kelate akan menjuarai Liga Super dan masuk final Piala Malaysia. Harap jumpa Selangor lagi.

GOMO KELATE GOMO!

Thursday 23 April 2009

Teruja....


Peminat-peminat bola Red Warriors teruja gila menanti hari sabtu ni. Dianggarkan lebih 40 000 penyokong kelantan akan membanjiri stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ni. Terujakah aku? Teruja tu teruja la jugak. Ye la first time. Bila lagi pasukan negeri kita masuk final Piala FA. Tapi apa yang aku nimbang adalah keterujaan akan membawa kekecewaan. Penyokong kelantan ni biasa la, kalau menang memang baik perangainya. Kalau kalah, memang rusuhan la jawabnya. Itulah yang terjadi masa kat Shah Alam 28 Feb lalu. Rusuhan kat KB hari tu pun sebab tak puas hati kalah. Mereka semua tak boleh menerima kekalahan. Akibatnya terpaksa menjadikan stadium Sultan Muhammad IV bergelap dan sunyi sepanjang musim ni.

Inilah sikap yang sukar dibendung dikalangan penyokong kelantan. Kalah merusuh, kalah merusuh, merusuh kalah.

Masa game kat Paroi hari tu, "juruh" penyokong-penyokong kelantan. Sebab apa? Sebab menang. Cuba buat kalah hari tu, mahunya merusuh hari tu kat Paroi.

Tu lah, aku harap semua penyokong-penyokong kelantan bersikap professional, adat la main bola, ada ketika kita menang, ada kala kita kalah. Tapi pesanan untuk player Red Warriors, anda perlu buktikan yang kelantan adalah apsukan yang akan digeruni sampai la final Piala Malaysia. Buktikan kepada kami, anda mampu membenam selangor. Kita bermain di Stadium sementara kita di Bukit Jalil. Kita adalah tuan rumah.

GOMO KELATE GOMO.

Sunday 5 April 2009

Mana aku pegi?

Semingu lebih aku tak blogging. Sejak lepas cuti sekolah ari tu sampai la saat ni baru la aku ada masa & mood nak cerita kat blog ni.

Sebenarnya aku tak ke mana. Ada kat Seremban ni. Cuma aku busy skit ngan kerja2 kat skolah tu. Besa la setakat dah jadi S/U Kokurikulum ni, kerja bertambah-tambah. Lepas cuti ari tu, on 28 March, aku busy mengelola Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Seremban. Semua berjalan lancar. Komitmen semua cikgu2 skolah aku, tip top. Mantooooppp. Thank you, semua.

Dah selesai semua tu, aku kena buat report pasal Pertandingan tu, pastu kena antar kat PPD. Ingatkan dah abis Kawad kaki tu, boleh la aku concentrate kat budak2 aku. Kesian diorang, sepanjang minggu tu aku terpaksa excuse semua kelas. Dah la budak2 tu nak exam (UPSR) tahun ni. Cikgu janji, lepas selepas selesai semua kerja ni, cikgu akan cover semua yg tertinggal tu.

Mana, dah abis kawad kaki, datang lak penganjuran Pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah pulak. Abis tu skolah awak ada padang paling besar. Nak kena siapkan padang la pulak. Nak kena buat line, siapkan surat2 jemputan, pengadil dan segala macam la.

Dah abis tu, dah ada tugas menanti bulan May nanti, Aku kena menguruskan persiapan pasukan Bola Baling sekolah pulak. Nasib baik ada cikgu yang sudi membantu. Selection dah buat, tunggu nak turun training je.

Aku rasa masa aku kerja ngan company housing developer dulu tak seteruk ni kerja yang bertimpa-timpa. Tapi takpe, mungkin ada rahmat disebalik semua ni. Mungkin ini la masa aku nak tonjolkan kemahiran dan bakat aku mengurus dan mentadbir.

Aku tak menharap apa2 cuma pengalaman yang paling berharga. Betul tak?

Alamak, bini aku dah gigit2 telinga ni. Ada tugas perlu dilaksanakn. Chow dulu.

Ooooo yeeaaaa