Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

Wednesday, 26 January 2011

Untuk tahun 2011....ni baru makan.

Dah dua minggu menunggu...akhirnya malam tadi terlangsai juga mengidam nak makan PROSPERITY BURGER McD....

Tu pun sebab semalam dah masuk gerGAJI....kalau gerGAJI tak masuk lagi....mahu kitorang tangguh dulu hajat tu....Tiap tahun mmg aku tak pernah miss prosperity burger ni....bukannya selalu ada...time raya cina je.

Untuk tahun ni kami dah makan....so tahun depan la pulak.

Monday, 24 January 2011

Bila Geng Jahat Bergabung Sekali Lagi

Hari Sabtu ritu (22 Januari 2011)...Junaidi Awang telah sudi untuk membelanja kawan-kawannya makan. Sebabnya nanti saya bagitau.


Jadi beliau telah mengSUBkan kepada Doppit untuk mencari tempat untuk kitorang mentekedarah dan bersantai sambil mengumpat cerita orang dan cerita sendiri. At first si Doppit cakap Terminal Seafood @ Bangsar. Pastu kena tukar sebab Terminal Seafood under renovation. Setelah dipertimbangkan....Restoran Tupai Tupai menjadi pilihan....apahal skema je ayat aku ni.


Maka...pada hari kejadian....den bertolak la dari Somban kul tujuh stongah. Sobek si Doppit tu kobar an pukul 8 ko 8 stongah ko kito jumpo kek Tupai Tupai tu. Aku bajet dalam ompek puloh limo minit sampai la kek Tupai Tupai tu (walaupun den tak tahu kek mano restoran tu---redah je). Jadi kul 8 suku den dah sampai ke arae Jln Dewan Bahaso....cari punya cari.....pusing punya pusing.....tak jumpo-jumpo gak Tupai Tupai ni....osah tersorok bonar restoran ni. Setelah aku google map....jumpo la....memang botul tersorok restoran Tupai Tupai ni. Poning den cari an.(Loghat Nismilan lak)


Tuka loghat kelate la pulok....
Sapa sapa di Tupa Tupa tu...kawe tanyo la budok kat kaunter tu....ado dok reserved table utk Hafiz(Doppit)...dio oyak table nombor tigo....maka sekor sekor la aku kat mejo tu. Cilakak demo ni...tapi takpo aku boleh layan game Liverpool male tu. Nasib baik menae 3-0....hebat Dalglish....dio memang legend Liverpool. Aik? apo duk cerito pasal Liverpool pulok ni....


Dalam pukul 9 lebih la baru la tibo geng-geng jahat ni....Doppit, Diman, Nedi, Pok Pit...diikuti oleh Ikhwan dan dususuli Mat Yo.....






Apa lagi acara yang ditunggu-tunggu bermula....




Lantak punya lantak....gelak punya gelak....dari restoran tu penuh ngan customer sampai la dah takde customer...yg tinggal staff dia tgh basuh pinggan....maka kami beransur pulang....


Eh lupa lak nak bagitau....Junaidi(Nedi) belanja kenapa....sebab dia dapat Johan pertandingan batik Piala Seri Endon 2010 hari tu....RM30 000 beb. Dah la menang 2 kategori....RM60 000 la dia sapu semua. Tahniah la saing aku ni. Aku banggo ado saing lagu ni.....




Jadi tu la cerito dio....apo-apo pun....suko la male tu....sebab lamo doh tok jupo ngan geng-geng jahat ni....bilo bergabung dok ingat doh anok bini dumoh....
















Tahun 2011

Salam semua.


Ni post pertama utk tahun 2011. Last year pun satu post je. Ape da malas gilak nak update blog ni. Bukan apa tahun lepas aku concentrate update photoblog. Masa tu aku tgh gilak ngan hobby photography, so byk photo yg diuploadkan kat photoblog tu. Jemput la tengok.


Tapi ari ni tetiba je (sebenarnya semalam) aku nak update blog ni dengan memberi nafas baru (harap-harap la....jgn 'hot hot chicken shit' dah la). Aku akan cuba update blog at least sehari sekali atau sekali sehari (sama je la tu).


Ini semua kerana satu laporan akhbar kat Berita Minggu semalam (23 Januari 2011). Kalau korang ada baca la. "Blogger untung RM1 juta" begitulah lebih kurang tajuknya. Ada la beberapa orang bloggers yg ditunjukkan contoh seperti redmummy.com, jejariruncing.com dan banyak lagi la. Redmummy.com contohnya boleh dapat RM12 000 sebulan pendapatan daripada iklan di blognya. jejariruncing.blogspot (girlfriend Khairul Fahmi - Elia) pula mendapat lebih 2 juta pengunjung.




Maka dengan itu, aku agak teruja untuk mengikut jejak diorang. Cuma apa yang penting adalah pengisian blog kita tu haruslah menarik minat orang untuk membaca. Oleh itu, saya berjanji (anda semua jadi saksi) mulai hari ni aku akan update blog ni setiap hari. Masukkan je la apa sahaja untuk dikongsi. Yang pastinya yang meanrik la.


Sehingga bertemu lagi, salam 1 Malaysia dari saya (tiba-tiba tersemangat pulak).