Monday 31 August 2009

I got my gun


Akhirnya, dengan pertolongan isteriku, aku dah dapat benda yang aku impikan selama ini (thanks Sayang, sayang Sayang)

Sebenarnya aku masih lagi cetek dalam dunia fotografi ni. Cita-cita tu takdela nak jadi photographer, just a hobby. This is how i can show my creativity (kreatif ke?).

Bila dah dapat tu, hari-hari nak ambik gambar. Nampak apa je nak tembak (shoot). Harap-harap, bila dah tiiap-tiap hari menembak tu, dapat la satu tembakan yang mengena sasaran.

Di sini aku semadikan beberapa tembakan aku pada hari kedua aku memiliki senjata ini.

Saturday 22 August 2009

Salam Ramadhan





Ramadhan Ya Ramadhan.

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah kita masih berpeluang sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Betapa bertuahnya diri kita kerana dipanjangkan umur dan disihatkan tubuh badan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Inilah peluang kepada kita untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Kerana di dalam bulan Ramadhan ini terdapat begitu banyak ganjaran pahala yang ditawarkan oleh Allah. Bukan saja di Shopping complex yang banyak tawaran-tawaran hebat, Ramadhan juga menawarkan berbagai ganjaran yang lumayan untuk bekalan kita di akhirat kelak. Sesungguhnya amatlah rugi bagi orang yang mensia-siakan peluang ini.

Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini mendapat lebih rahmat dan keberkatan dari Allah berbanding tahun-tahun yang lepas.

Selamat Berpuasa semua....

Thursday 20 August 2009

The Amethyst



Just to share. Inilah rumah kami yang dalam pembinaan. Baru 55% completion.

Saturday 15 August 2009

Nikon D60


My dream gun.

Aku dah tak sabar nak memiliki benda ni. Namun impian aku tergendala seketika. Duit takde. Nak berhutang tak dapat. Nasib baik ada orang yang tersayang, iaitu isteriku. Thanks sayang. Impian ini akan tercapai nanti.



Ntah kenapa sejak 2 3 bulan kebelakangan ni aku jadi teruja melihat foto-foto yang hebat dan kreatif dalam blog org lain. Dan ramai kawan-kawan ku pun dah terjerumus dalam hobi ni. Jadi aku pun rasa aku pun bolh buat. Ni kira aku betul-betul serius ngan hobi ni. Sebelum ni hangat-hangat sekejap je. Tapi yang ni lain. Jatuh cinta pandang pertama la kot.(Sayang jangan jeles ye...)

So nantikan kemunculan foto pertama aku dari D60 yang akan dipenuhi oleh isteriku impiannya.

Thursday 13 August 2009

Kembali.....

I'm back. Setelah berbulan-bulan tak buat post kat blog ni. Rasa rindu la pulak. Banyak benda yg dilalui sepanjang beberapa bulan ni. Which is aku akan cuba ceritakan. But not in this post. Lagipun sekarang ni aku kat sekolah. Tak syok la guna line internet sekolah ni, takde privacy.

Jumpa lagi nanti.