Wednesday 26 December 2012

Jadual Liga Super 2013

Jadual perlawanan Liga Super 2013

(JANUARI 2013)

HariTarikhPasukanKick-offPasukan
Selasa8/1/2013Pahang8:45Johor Darul Takzim


Perak8:45T-Team


Terengganu8:45Felda United


Selangor8:45N. Sembilan
Rabu9/1/2013Kelantan8:45 PKNS FC


ATM8:45LION XII
Sabtu12/1/2013N. Sembilan8:45Terengganu


LION XII8:45Selangor


PKNS FC8:45ATM


Johor Darul Takzim8:45Perak


T-Team8:45Kelantan
Selasa15/1/2013PKNS FC8:45LION XII


ATM8:45T-Team


Pahang8:45N. Sembilan


Terengganu8:45Selangor


Kelantan8:45Johor Darul Takzim


Perak8:45Felda United

Pasukan-pasukan Liga Malaysia 2013


Friday 14 December 2012

Bojan Lega Sudah Temui Pengganti Muhammad Ghaddar


KOTA BHARU - Kehilangan kelibat penyerang Lebanon, Mohammad Ghaddar tidak menjejaskan persiapan juara tiga piala 2012 Kelantan untuk musim depan dan pengendalinya, Bojan Hodak mengakui sudah menemui pengganti pemain tersebut.

Selepas dua aksi persahabatan, Hodak memberikan gambaran awal untuk mendaftarkan penjaring terbanyak Liga Super musim 2005/06 dan 2006/07 Keita Mandjou bagi mengetuai jentera serangan The Red Warriors untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2013 nanti.

Hodak ketika ditemui pemberita selepas aksi persahabatan Kelantan dengan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin mengakui Mandjou mempunyai kelebihan berbanding penyerang muda Australia, Dimi Pertratos.

"Mandjou seorang pemain bagus, tidak mudah hilang bola serta mempunyai ketajaman penyudah di hadapan pintu gol. Mandjou juga merupakan bekas penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super sebelum ini.

"Begitu juga Pertratos, seorang pemain muda yang mempunyai kemahiran tinggi dari segi hantaran, mengelecek serta ketajaman penyudah, namun kadang kala mempunyai sikap seperti Mohammad Ghaddar," katanya.

Sepanjang dua aksi perlawanan persahabatan menentang Perlis dan Kedah, Mandjou lebih menyerlah apabila menjaringkan empat gol manakala Petratos dua gol.
Dalam pada itu, Hodak memuji seorang lagi tonggak importnya Obinna Nwaneri yang menunjukkan aksi cemerlang sebagai mana sebelum ini.

Mengulas mengenai aksi persahabatan itu, pengendali berusia 41 tahun ini memberitahu dia gembira dengan aksi yang ditunjukkan oleh barisan pemainnya sepanjang perlawanan tersebut.

"Rata-rata pemain yang diturunkan beraksi dengan baik termasuklah pemain baharu seperti Zairol Annuar Zailani, Izuan Solahuddin, Khairul Izuwan Rosli, Mohd. Haris Safwan begitu juga dengan Muhammad Zamri Ramli," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121214/su_10/Butler-lega-sudah-temui-pengganti-Mohammad-Ghaddar#ixzz2Ez8kxNU3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 13 December 2012

Keputusan Perlawanan Persahabatan TRW 2012/2013 : Kelantan vs Kedah

Kelantan 4 - 1 Kedah 

 Kelantan berjaya membenam Kedah dalam perlawanan persahabatan pra musim di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semalam.Kehadiran hampir 25 000 penyokong ternyata memberikan semangat buat pemain-pemain The Red Warriors untuk beraksi cemerlang.

 Bojan Hodak mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila bayangan 'skuad utama' yang diturunkan pada separuh masa pertama memberikan persembahan menarik memukau penyokong-penyokong TRW samaada yang berada didalam atau luar Stadium.

 Gandingan Kapten Marvelous,Piya bersama rakan serangan Norfarhan,Indra,Petrotas dan Keitha Mandjou cukup membuatkan pemain-pemain pertahanan Kedah tertekan dengan gerakan-gerakan pantas dari mereka sehinggakan Sabri Abu tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-7.

 Pemain import muda dari Australia,Petratos ternyata pilihan yang tepat telah dibuat oleh KAFA kerana memiliki sentuhan-sentuhan berbisa serta mampu melakukan hantaran-hantaran menarik untuk rakan-rakan.Corak permainanan pemain ini seiras pemain Liverpool,Luis Suarez dan tidak mustahil akan digelar Suarez Kelantan sedikit masa lagi.

 Kelantan berjaya memperolehi empat gol pada separuh masa pertama menerusi Norfarhan,Keitha dan Petratos.Separuh masa kedua menyaksikan 'Skuad kedua' Kelantan bermain hambar dan membosankan sehinggalah wisel penamat.

**Sumber: kelatefc.blogspot.com**

Tuesday 15 May 2012

Jersi Pasukan Liga Malaysia

Di ligakit.com anda boleh dapatkan jersi-jersi pasukan yang bermain di Liga Malaysia. Yang bagusnya terdapat beberapa jersi-jersi lama yang turut dijual antaranya jersi Kelantan pada pertandingan Piala Agong 1996 yang dijual pada harga RM300.00.



Jersi yang paling mahal dijual di ligakit.com adalah jersi Kelantan yang dipakai oleh Piya semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Ia dijual pada harga RM650.00.


Tuesday 17 April 2012

Ghaddar Kembali Ke Liga Super


SEPERTI yang diramal, penyerang import dari Lebanon, Muhammad Ghaddar kini kembali menyarung jersi skuad Liga Super Kelantan selepas berjaya meledak lima gol dalam dua perlawanan terakhir.
Hatrik ketika aksi di Kota Bharu dan dua lagi gol direkodkan di Kota Malang, Indonesia ketika aksi menentang Arema FC dalam kempen Piala AFC berjaya memikat hati pihak pengurusan.
Selepas hampir dua bulan direhatkan ekoran bergelut dengan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan, Ghaddar membuktikan beliau adalah taruhan terbaik untuk Kelantan menghadapi baki saingan Liga Super yang akan memasuki pusingan kedua.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Rosmadi Ismail berkata, keputusan membawa masuk kembali Ghaddar menggantikan Onyekachi Nwoha berkuat kuasa serta-merta.
Menurutnya, selepas meneliti prestasi semasa pemain berkenaan, pihak pengurusan dan jurulatih, Bojan Hodak setuju untuk menyenaraikan Ghaddar sebagai pemain import untuk aksi Liga Malaysia.
“Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pengurusan meneliti laporan yang disediakan oleh pihak jurulatih dan kita berpendapat Ghaddar lebih baik namun, khidmat Nwoha tetap diperlukan.
“Tidak timbul campur tangan daripada pihak pengurusan dalam keputusan ini kerana sejak dulu lagi kita menyerahkan urusan pasukan kepada pihak jurulatih untuk membuat penilaian,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, keputusan untuk mengekalkan Nwoha juga tertakluk kepada perbincangan antara pihak pengurusan dan pemain tersebut. Sekiranya Nwoha bersetuju untuk kekal, beliau akan beraksi pada Piala AFC.
Katanya, setakat ini Kelantan mengekalkan empat pemain importnya termasuk dua lagi, pemain pertahanan Obinna Nwaneri untuk Liga Malaysia dan Denny Antwi yang disenaraikan untuk beraksi pada Piala AFC.
“Merujuk prestasi Ghaddar dalam perlawanan lepas, kita berharap dan yakin beliau mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan.
“Semua tahu kita mempunyai jadual yang ketat, jadi kita memerlukan pemain yang mempunyai prestasi dan kualiti yang tinggi. Kita harap Ghaddar bersedia untuk itu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Rosmadi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, penggantungan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tidak menjejaskan proses pengurusan pasukan.
Jelasnya, pihak pengurusan menjalankan tugas seperti biasa dengan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.

Sumber: Kelate.net