Monday 23 January 2012

Presiden Belum Puas Hati

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum berpuas hati dengan tahap dan corak persembahan pemain The Red Warriors selepas empat perlawanan Liga Super 2012.


Menurut  Tan Sri Annuar Musa,  pemain Kelantan masih lagi perlu meningkatkan keserasian, kerjasama berpasukan dan penguasaan bola pada perlawanan selepas ini.

Walaupun begitu, Annuar tetap bersyukur dengan kemenangan besar 3-0 keatas Kedah di Stadium Darul Aman, malam semalam.

Selain itu, Annuar juga mengharapkan pasukan Kelantan terus berwaspada dengan ancaman pencabar terdekat seperti Terengganu, T-Team, Perak dan Felda.

Kelantan menduduki carta teratas Liga Super tetapi kekuatan kita masih belum teruji sepenuhnya selagi belum bertemu pasukan kelompok atasan, jelasnya lagi.

Menyentuh tentang pemain import, beliau berharap kedua-dua pemain (Antwi & Ghaddar) dapat menajamkan lagi sentuhan penyudah didepan gawang dan menunjukkan aksi yang setaraf dengan status. -RedsfcNews-

No comments:

Post a Comment