Sunday 5 April 2009

Mana aku pegi?

Semingu lebih aku tak blogging. Sejak lepas cuti sekolah ari tu sampai la saat ni baru la aku ada masa & mood nak cerita kat blog ni.

Sebenarnya aku tak ke mana. Ada kat Seremban ni. Cuma aku busy skit ngan kerja2 kat skolah tu. Besa la setakat dah jadi S/U Kokurikulum ni, kerja bertambah-tambah. Lepas cuti ari tu, on 28 March, aku busy mengelola Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Seremban. Semua berjalan lancar. Komitmen semua cikgu2 skolah aku, tip top. Mantooooppp. Thank you, semua.

Dah selesai semua tu, aku kena buat report pasal Pertandingan tu, pastu kena antar kat PPD. Ingatkan dah abis Kawad kaki tu, boleh la aku concentrate kat budak2 aku. Kesian diorang, sepanjang minggu tu aku terpaksa excuse semua kelas. Dah la budak2 tu nak exam (UPSR) tahun ni. Cikgu janji, lepas selepas selesai semua kerja ni, cikgu akan cover semua yg tertinggal tu.

Mana, dah abis kawad kaki, datang lak penganjuran Pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah pulak. Abis tu skolah awak ada padang paling besar. Nak kena siapkan padang la pulak. Nak kena buat line, siapkan surat2 jemputan, pengadil dan segala macam la.

Dah abis tu, dah ada tugas menanti bulan May nanti, Aku kena menguruskan persiapan pasukan Bola Baling sekolah pulak. Nasib baik ada cikgu yang sudi membantu. Selection dah buat, tunggu nak turun training je.

Aku rasa masa aku kerja ngan company housing developer dulu tak seteruk ni kerja yang bertimpa-timpa. Tapi takpe, mungkin ada rahmat disebalik semua ni. Mungkin ini la masa aku nak tonjolkan kemahiran dan bakat aku mengurus dan mentadbir.

Aku tak menharap apa2 cuma pengalaman yang paling berharga. Betul tak?

Alamak, bini aku dah gigit2 telinga ni. Ada tugas perlu dilaksanakn. Chow dulu.

Ooooo yeeaaaa

5 comments:

  1. kepada semua pembaca...
    ayat terakhir penulis hanyalah khayalan beliau shj. adegan itu sbnrnye adalah adegan memanggil penulis mengemas bilik yg dah bersawang sejak sekian lama tidak dipedulikan. harap maklum, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. omg!naseb komen bini kuor dolu membetulkan keadaan..hahahaha!

    ReplyDelete
  3. aku suka baca blog mu ni...tergelak sorang2 bila aku baca.tak berubah tul la mung ni..anyway...selamat melaksanakan tugas2 s/u koko. aku faham sangat la kesibukan mung tu.take it in a positive way. tunjukkan cikgu jimmy yang sebenarnya..mung memang boleh wak pung..jgn tak pegi majlis makan2 kita deh...

    ReplyDelete
  4. Aku akui..betape lamenye kau tak online...aku hantar email kau x jawab...aku tgk blog kau, tak ade satu pun yg berubah...ni sah2 sibuk..x pun laptop kau, buat lg perangai.

    Rupe2nye...kau sibuk...mengalahkan PM baru kite, yg baru je memerintah beberapa hari yg lalu..Anyway, aku harap kesibukan kau tu x menghalang kau sahut seruan SURIA tu utk pegi majlis BBQ batch kite nanti. Boleh huhahuha ramai2...ttg sapo yg interested nak attend meeting tu...akan aku updatekan dlm blog xuitmkelate nanti. Ramai ni peminat yg nak ketemu demo jimmy...buke setkt ore rumah demo tu....mujurlah keno gigit telingo...:)hahahhahahaha......

    ReplyDelete
  5. kami suami isteri sama2 sebok... sape kata cikgu ni keje mudah? sibaik deela kenal mama & papa dia lg.

    ReplyDelete