Thursday 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum semua.

Semuanya berada dalam mood raya. Baju raya, seluar raya, kasut raya, stokin raya, rumah raya, perabot raya, langsir raya. Pendek kata semua nak kena tersedia pada hari raya. Mesti lengkap. Betul ke semua kena ada?

Sediakan la apa yang termampu. Takkan la baju raya nak kena ada sampai 10-20 pasang. Tempah atau beli sahaja satu atau dua pasang cukup la. Ini tidak, baju raya pertama tema warnanya tidak sama warna tema hari raya kedua dan seterusnya. Kalau temanya merah, semua nak kena merah. Dari kepanya sampai la ke kakinya. Salahkah kita memakai baju raya tahun-tahun lepas (kalau masih muat)? Salahkah baju yang dipakai setiap hari bekerja itu dijadikan baju raya? Tak salah kan? Jadi berhemahlah dalam kita berbelanja. Jangan kita menjadi hamba nafsu kita yang tidak pernah cukup.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin dari pengarang blog SKTDN sekiranya ada terkasar bahasa, terkasar tingkah laku (ada ke?) dan terbuat orang kecil hati dan terasa.

No comments:

Post a Comment