Monday 24 January 2011

Tahun 2011

Salam semua.


Ni post pertama utk tahun 2011. Last year pun satu post je. Ape da malas gilak nak update blog ni. Bukan apa tahun lepas aku concentrate update photoblog. Masa tu aku tgh gilak ngan hobby photography, so byk photo yg diuploadkan kat photoblog tu. Jemput la tengok.


Tapi ari ni tetiba je (sebenarnya semalam) aku nak update blog ni dengan memberi nafas baru (harap-harap la....jgn 'hot hot chicken shit' dah la). Aku akan cuba update blog at least sehari sekali atau sekali sehari (sama je la tu).


Ini semua kerana satu laporan akhbar kat Berita Minggu semalam (23 Januari 2011). Kalau korang ada baca la. "Blogger untung RM1 juta" begitulah lebih kurang tajuknya. Ada la beberapa orang bloggers yg ditunjukkan contoh seperti redmummy.com, jejariruncing.com dan banyak lagi la. Redmummy.com contohnya boleh dapat RM12 000 sebulan pendapatan daripada iklan di blognya. jejariruncing.blogspot (girlfriend Khairul Fahmi - Elia) pula mendapat lebih 2 juta pengunjung.




Maka dengan itu, aku agak teruja untuk mengikut jejak diorang. Cuma apa yang penting adalah pengisian blog kita tu haruslah menarik minat orang untuk membaca. Oleh itu, saya berjanji (anda semua jadi saksi) mulai hari ni aku akan update blog ni setiap hari. Masukkan je la apa sahaja untuk dikongsi. Yang pastinya yang meanrik la.


Sehingga bertemu lagi, salam 1 Malaysia dari saya (tiba-tiba tersemangat pulak).

2 comments:

  1. content biar ada..jgn jd blog sampah semata2 nak kan duit...dan kena bersabar dlm 4-5 thn br la leh jd jutawan mcm kak red

    ReplyDelete
  2. Betul...betul...betul....Mari la kita bersama-sama maju dalam industri perBLOGan....Ayuh kita..
    1,2,3...GO!!!!!

    ReplyDelete