Monday 25 April 2011

Preview Kelantan Lwn Selangor

Malam esok ibarat perlawanan El-Clasico di La Liga Sepanyol iaitu pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia iaitu The Red Warriors (Kelantan) dan Red Giant (Selangor).

Foto kredit kepada PFKE.com


Berdasarkan kepada rekod 5 pertemuan sebelum ini, 2 kemenangan memihak kepada Kelantan dan 3 seri. Kemenangan terakhir The Red Warriors terakhir terhadap Red Giant adalah pada perlawanan pembuka liga iaitu pada 29 Januari 2011 memihak kepada Kelantan dengan kemenangan 2-0.

Jika dilihat kepada prestasi semasa, Selangor mampu memberi cabaran kepada pasukan Kelantan yang kurang konsisten akhir-akhir ini. Walau bagaimanapun kemenangan besar 4-0 ketika melayan kunjungan Perlis di Kota Bharu merupakan satu motivasi untuk pasukan Wira Merah ini.

Pertemuan malam esok akan memberi petunjuk kepada perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 yang akan berlangsung pada 12 Mei 2011 di Kota Bharu. Pasukan manakah yang akan memberi tekanan kepada pasukan lawan nanti.

Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang menjadi sandaran pasukan Kelantan akan dikawal rapi oleh narisan pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom (Achong). Penjaring terbanyak pasukan Kelantan dengan 11 gol setakat ini akan berusaha untuk menambahkan koleksi gol seterusnya menjadikannya sebagai penyerang yang paling digeruni di Malaysia.


Bagi Selangor pula pengalaman dan kemahiran yang ada pada Amri Yahyah akan digunakan sepenuhnya bagi merobek pintu gol Kelantan yang akan dikawal ketat oleh Khairul Fahmi (Apek).

Foto kredit kepada theredwarriors.com

Apa-apa pun, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang tapi kelebihan memihak kepada Kelantan selaku tuan rumah. Sudah pasti Stadium Sultan Muhammad Ke-IV akan dipenuhi oleh lautan merah dan semestinya tiada penyokong Selangor yang berani meredah lautan Merah di Kota Bharu.





No comments:

Post a Comment