Saturday 30 April 2011

Peluang Kelantan Mendahului Liga


Banner: Kredit kepada theredkijang.com

Salam Red Warriors.

Berdasarkan kepada keputusan malam tadi, antara dua pasukan teratas Liga Super, peluang Kelantan untuk menjadi pendahulu liga adalah cerah. Dengan keputusan seri 1-1 antara Terengganu dan Selangor, menyaksikan Selangor mengumpul 33 mata dan Terengganu 32 mata. Sekiranya keputusan malam ini memihak kepada pasukan The Red Warriors, mereka akan berkongsi mata dengan Selangor tetapi jumlah jaringan memihak kepada juara Piala Malaysia itu.

Foto: Kredit kepada eelobor.com

Dengan kemampuan barisan serangan Kelantan yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super, Norshahrul Idlan Talaha, jaringan awal perlu diperolehi bagi menyuntuk semangat pasukan. Jika dilihat pada rekod pertemuan kedua-dua pasukan, ia memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Walau bagaimanapun, kekebalan benteng pertahanan Kelantan perlu diperkemaskan lagi, apabila ketika pertemuan menentang Selangor tempoh hari menyaksikan beberapa percubaan bahaya yang dibuat oleh pasukan lawan menggusarkan penonton. Namun kepercayaan yang diberikan oleh Datuk M Karathu kepada empat pemain pertahanan Kelantan harus dibalas. Di pintu gawang pula, kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Kharirul Fahmi ditagih sekali lagi. Kepantasan Apek menyelamatkan beberapa cubaan Selangor telah menampakkan kebangkitan semula penjaga gol kebangssan ini.

Foto: Kredit kepada theredwarriors.com

Foto: Kredit kepada redsfc news

Dengan kehadiran dua pemain yang baru pada musim ini, Nurul Azuan Roya dan Danial Fazly Abdullah, telah dapat menggerakkan pasukan di bahagian tengah. Ini memberi peluang Datuk M Karathu menolak Piya ke bahagian serangan. Cubaan jurulatih menggandingkan Piya dan Mat Yo di bahagian serangan menunjukkan sedikit kurang serasi antara mereka. Piya dilihat kurang selesa di posisi barunya dan beliau banyak berada di belakang Mat Yo. Nor Shahrul seperti biasa dengan kelincahan serta kemahiran menggelecek beliau boleh membuat pertahanan lawan menjadi kelam kabut.

Di harap perlawanan malam nanti akan memihak kepada pasukan The Red Warriors sekali gus merampas kedudukan pendahulu Liga Super dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Gomo Kelate Gomo.


No comments:

Post a Comment