Monday 9 February 2009

Buku teks

Petang tadi aku terbaca satu rencana di Berita Harian tentang masalah pelajar yang tidak membawa buku teks ke sekolah.

Sebagai seorg guru di sekolah rendah, aku jarang berhadapan dgn masalah murid yg tidak membawa buku teks ke sekolah. Terlebih bawa buku teks tu ada la. Ye la budak sekolah rendah ni mana pandai lagi nak mencari idea kelentong cikgu dgn alasan yg bukan2. Mereka takut kat amaran yg tlh cikgu bagi kalau tak bawa buku teks. Nak selamat bawa je semua. Tu yg beg sekolah berat sampai senget2 bahu budak2 tu. Kesian.... Tambah pulak kalau beg yg lg besar drpd mereka. Lagi kesian........

Tapi masalah tak bawak buku teks ni memang masalah yg sgt popular di sekolah menengah. Kalau kita tgk pelajar2 sekolah menengah skrg ni memang lenggang je gi sekolah. Masa aku jadi pelajar sekolah dulu pun tak jugak bawak buku byk2. Tapi takde la tak bawa langsung. Kalau dah berjalan lenggang masuk ke pagar sekolah tu, apa benda yg diorang belajar kat sekolah tu?

Tapi dalam hal ni, pelajar tidak blh disalahkan 100%. Kalau ditanya kpd pelajar, alasan mereka satu je, cikgu tak guna buku teks. Ha, ni satu lg masalah. Alih2 masalahnya berpunca dari cikgu gak. Cikgu pun satu hal, kenapa tak nak guna buku teks yg kerajaan bekalkan? Alasan cikgu, kandungan pelajaran dlm buku teks tak mencukupi. Maka cikgu terpaksa menggunakan buku rujukan yg lain. Betul jgk kan?

Bagi aku, kandungan pelaran dalam buku teks yg dibekalkan tu sebenarnya dah mencukupi, tetapi pelajar tu sendiri kena la mencari sendiri maklumat2 tambahan untuk memantopkan lg pengetahuan dan pelajaran mereka. Masalahnya pelajar2 kita ni semua makan suap. Kalau cikgu tak bagi, takdenya mereka nak cari sendiri. Tapi itulah sistem pendidikan di negara kita ni. Semua makan bersuap. Tu yang bila dah masuk IPT, nak buat assignment mula la nak tiru2 org. Kalau tak pun diceduknya 100% dalam buku. Apa yg diceduk ntah dia tahu ataupun tidak. Main ceduk je.

Apa pun, marila kita bersama menuju kegemilangan pendidikan kelas pertama.

No comments:

Post a Comment