Monday 9 February 2009

Kesian.....

"Rafi, kenapa dengan Abg Jamil tu?" tanya Latifah.
"Kesian..." jawab si Rafi.
"Apa yang kesian?" tanya Tipah lagi.
"Kesian...." ulang Rafi.

Begitulah dialog dalam filem Madu Tiga. Kesian..... Apa yang kesian? Siapa kesian kat sapa ni?

Kesian kat rakyat negeri Perak. Orang lain yang bercakaran, rakyat yang terima kesengsaraan. Politik. Politik.

Situasi di negeri Perak sekarang memang unik dan jarang2 berlaku di dlm negara kita ni. Kalau tak silap aku mengikut sejarah perkara senario kekalutan mcm ni pernah berlaku pd tahun 1960 kat Terengganu. Wakil rakyat menyorok dan tup tup keluar dari menyorok dah lompat parti.

Bagi aku, seadil-adilnya, pilihanraya patut dilakukan semula. Bagi peluang rakyat memilih semula wakil mereka. Lagipun jumlah kerusi PR dan BN seri apa. Kalau dlm bolasepak seri sehingga masa tambahan kena penalti. Dlm badminton ada deuce. Baru la adil kan? Aku bukan menyebelahi sapa2. BN pun tak PR pun tak. Mungkin pada PRU 12 hari tu rakyat Perak memprotes kat BN jadi mereka tiada pilihan sanggup membayar nilai yg mahal memilih PR. Tetapi kalau pilihanraya diadakan semula, aku pasti rakyat Perak pasti tidak teragak-agak lagi untuk memilih kerajaan yang betul dan adil.

Setakat blog ini ditlis, ada berita terbaru mengatakan ahli Parlimen Bkt Gantang, YB Roslan (PAS) meninggal dunia. Nampaknya kedua-dua PR & BN sudah berkira-kira akan melawan habis-habisan untuk memenangi kerusi ini. Yang pasti pertandingan akan sengit. Kita tunggu dan lihat aje la.








No comments:

Post a Comment