Monday 16 March 2009

Akhirnya.....

Setelah beberapa hari tak blogging (laptop rosak), akhirnya cikgu nik kembali. Wah...macam la ramai yg tgh tunggu aku kat blog ni. Tapi memang tak tentu arah gak la bila tak dapat online untuk beberapa hari.

Cakap pasal laptop, kisah laptop aku yg dijumpai di kantin hari tu, GB aku tak menyalahkan aku. Cikgu A tu memang mintak maap kat aku. Sangat2. Rupanya pada hari yang sama, adu satu kes lagi pasal laptop ni. Kisahnya ada seorang cikgu mintak tolong sorang student ni letak laptop dan pencil case nya dalam kereta (kenari kelabu). Masa nak balik tu, laptop tu takde dalam kereta. Mula2 cikgu tu cuak gak la. Nak cari budak yang letak laptop tu, dah balik pulak budak tu. Pastu apa lagi nangis la cikgu malang itu. Nangis2 kat pejabat. GB apa lagi, mintak cikgu tu selesaikan la. Cikgu gelabah gila call rumah budak tu. Takde org angkat. Budak tu balik dari sekolah stay kat rumah nenek dia. Nombor phone rumah nenek dia takde dlm rekod sekolah. Call HP bapak dia dapat la no phone rumah nenek dia. Cikgu tu pun call la rumah nenek budak tu. Dapat cakap ngan budak tu. Apa lagi siasat punya siasat, rupanya si budak tu tersalah letak dalam kereta cikgu lain, kebetulan kereta sama, warna sama, dan kereta cikgu tu pulak tak berkunci. Apa lagi call la cikgu yg kereta sama tu. Memang ada la dlm bonet kereta cikgu tu. Lega..... baru la tersenyum cikgu yang malang itu.

Moral of the story, jgn la mintak tolong budak antar laptop atau pun benda2 yg berharga. Buku2 tu boleh la. Bukan apa kekadang budak2 ni suka nak tolong cikgu dia.
Satu lagi lain kali kunci la kereta walau di mana anda berada.

P/S: Pasal citer aku yang lepas, thanks to Fader and Buyui yg bagi comment dan keperihatinan korang.

1 comment:

  1. besa la kalau sekolah mmg banyak kes2 nak2 lak melibatkan bebudak mcm2 peel..mana2 sekolah bukan sahaja di mesai..di new zealend,sweeden,america ke sama je..(apela motip aku cakap ni aku pon tatau)

    ReplyDelete