Saturday 22 August 2009

Salam Ramadhan





Ramadhan Ya Ramadhan.

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah kita masih berpeluang sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Betapa bertuahnya diri kita kerana dipanjangkan umur dan disihatkan tubuh badan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Inilah peluang kepada kita untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Kerana di dalam bulan Ramadhan ini terdapat begitu banyak ganjaran pahala yang ditawarkan oleh Allah. Bukan saja di Shopping complex yang banyak tawaran-tawaran hebat, Ramadhan juga menawarkan berbagai ganjaran yang lumayan untuk bekalan kita di akhirat kelak. Sesungguhnya amatlah rugi bagi orang yang mensia-siakan peluang ini.

Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini mendapat lebih rahmat dan keberkatan dari Allah berbanding tahun-tahun yang lepas.

Selamat Berpuasa semua....

No comments:

Post a Comment