Tuesday 3 May 2011

Kekalkan Kedudukan.

Perlawanan ke-17 Liga Super pada malam ini menyaksikan misi untuk kekal di takhta liga bagi pasukan Kelantan. Keciciran mata selepas ini akan mengundang padah buat pasukan Wira Merah, kerana Selangor yang berkongsi mata akan mengambil peluang untuk memintas kedudukan Kelantan. Begitu juga bagi pasukan Terengganu yang ketinggalan 1 mata di belakang Selangor dan Kelantan.

Bagi pasukan Kelantan, kebangkitan pasukan Johor FC dalam perlawanan sebelum ini harus dijadikan panduan kerana pasukan dari selatan tanah air ini dilihat sudah menunjukkan peningkatan selepas menang ke atas Sabah 3-0 tempoh hari. Sudah pasti anak buah Azuan Zain akan cuba mengekalkan rentak permainan mereka pada malam ini.

Perlawanan pada malam ini memberi sedikit tekanan kepada pasukan Kelantan kerana mereka mahu mengekalkan kedudukan di atas liga sekarang. Motivasi dan sokongan padu penonton akan membakar lagi semangat pasukan Red Warriors pada malam ini.

Prestasi Kelantan yang memuncak ketika ini sudah pasti akan dikekalkan sehingga ke perlawanan terakhir liga, sekali gus muncul juara Liga Super yang sudah lama diidamkan.

Ramalan keputusan malam ini: Johor FC 0 - 2 Kelantan

No comments:

Post a Comment