Wednesday, 8 February 2012
Thursday, 2 February 2012
Kelantan Gugur Ghaddar dan Antwi
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden KAFA, tampak sudah mengenalpasti pemain import yang mana akan disenaraikan untuk beraksi dalam saingan Liga-M serta Piala AFC.
Beliau yang nyata kecewa dengan pelaburan tidak berbaloi Kelantan dalam pengambilan pemain import, dilihat sudah bersedia menggugurkan Mahmoud Ghadar dan Dennis Antwi untuk sekadar beraksi di Piala AFC, manakala untuk saingan Liga-M, Kelantan dijangka menyenaraikan dua pemain yang ditandatangani tanpa langsung menguji terlebih dahulu kemampuan mereka – Samad Okucha dan Obina Nyaneri.
Kekalahan 0-5 Kelantan kepada Harimau Malaya bimbingan jurulatih yang popular dengan statemen SAYA KENAL PEMAIN SAYA, Datuk K.Rajagobal nyata menimbulkan rasa amarah dan tidak puas hati di kalangan para penyokong setia Kelantan yang sudah hilang sabar dengan aksi lembik Ghaddar dan Antwi yang nyata gagal membuktikan mengapa mereka layak untuk berada dalam pasukan.
Malah, Peter Butler ketika diajukan soalan berkenaan pemain import, tidak mahu mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada pengurusan untuk buat keputusan, namun dalam masa sama berkata :
“sebaik manapun seorang penyerang beraksi, sumbangan dia dilihat pada berapa banyak gol yang dia jaringkan, itu bukti kredibiliti dia, bukan perkara lain, jumlah gol menunjukkan dia penyerang yg baik atau tak, itu sebab kita bayar dia, dan saya tak perlukan penyerang yang tak boleh jaringkan gol..”
Namun, apakah satu tindakan rasional untuk KAFA menandatangani dua pemain yang belum diuji kemampuan mereka setakat ini, apakah ia akan membuahkan hasil, atau skrip sama terhasil, sama-sama kita tunggu dan lihat.
Harimau Malaya Baham Kijang Merah
Harimau Malaya mudah membelasah Kelantan 5-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Mempertaruhkan barisan terbaik himpunan pemain dari seluruh negara, Sang Harimau tidak menoleh ke belakang untuk menewaskan juara Liga Super yang menurunkan hampir separuh pemain simpanan
Bermain didepan ribuan penyokong kedua-dua pasukan, Harimau Malaya terlebih dahulu didepan melalui jaringan Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36.
Tidak lama kemudian, penyerang berasal dari Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah mengandakan kedudukan kepada 2-0.
Pada babak kedua, S. Kunalan pula mengejutkan Sang Kijang dengan jaringan ketiga pada minit ke-65.
Sisa-sisa kebangkitan Kelantan terpadam terus pada minit ke-81 apabila Abdul Hadi Yahya menambah jaringan keempat pasukan sebelum Mohd Izuan Salahudin melengkapkan malam serba tidak menjadi The Red Warriors dengan jaringan kelima dan terakhir perlawanan pada minit ke-88.
Selepas ini, Kelantan akan menanti kunjungan Balestier Khalsa FC di Kota Bharu untuk perlawanan persahabatan sebelum turun aksi seterusnya Liga Super di Stadium Likas menentang Sabah. -RedsfcNews-
Wednesday, 1 February 2012
Tuesday, 31 January 2012
Antara Ghaddar dan Antwi
AKSI Ghaddar (kiri) ketika menentang Kuala Lumpur
dalamsaingan Liga Super di Kota Bharu, minggu lalu.
KOTA BHARU – Bukan lagi rahsia, bekas
pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri akan menjadi
‘kereta kebal’ terbaru The Red Warriors apabila mengikat kontrak dengan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam.
Keputusan Kafa mengikat Nwaneri selain
kehadiran Samad Okocha dari Ghana yang mahu mencuba nasib bersama The
Red Warriors sudah pasti impak kepada dua pemain import sekarang,
Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi.
Apa tidaknya, peluang Ghaddar, pemain
kelahiran Beirut, Lubnan untuk kekal beraksi dalam kancah Liga Super
seakan telur dihujung tanduk angkara ‘kurang bernasib baik’ gagal
menjaringkan gol meskipun mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan
terakhir menentang Kuala Lumpur tempohari.
Berlainan pula dengan Antwi, yang
dianggap cukup ‘bernasib baik’ kerana berjaya menjaringkan dua gol dalam
dua perlawanan terakhir meskipun diturunkan selaku pemain gantian dalam
pertemuan menentang Kedah dan Kuala Lumpur.
Malah kejayaan Antwi menjaringkan gol
tersebut berjaya menghapuskan kecaman penyokong setia Kelantan yang
dilontarkan sebelum itu tatkala Ghaddar, tidak dapat tidak perlu
berdepan dengan pelbagai cemuhan rentetan kegagalan beliau
menyempurnakan deretan peluang yang terhidang ketika bertemu Kuala
Lumpur tempohari.
Keputusan Kafa mendapatkan khidmat
Nwaneri dianggap cukup tepat kerana bukan sahaja dapat memperkukuhkan
benteng pertahanan The Red Warriors malah mampu menyaingi kehebatan
penyerang import negeri lain seperti Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri
Sembilan) dan Francis Forkey Doe (Terengganu) yang dianggap cukup
berbisa setakat ini.
Sementara itu, Okocha yang akan diuji
dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang kelab Balistier
Khalsa FC dari Singapura di Kota Baharu pada 4 Februari ini sudah pasti
sedaya-upaya mahu memikat hati pihak pengurusan Kafa.
Andai Okocha juga berjaya menambat hati
peminat The Red Warriors, masa depan penyerang import sekarang, Ghaddar
dan Antwi dalam kancah Liga Super musim ini pasti tergugat.
Segalanya terpulang kepada pihak
pengurusan Kafa, sama ada mengekalkan Ghaddar dan Antwi terus beraksi
dalam Liga Super atau menyenaraikan Ghaddar dan Nwaneri sebagai pasangan
baru The Red Warriors selepas ini.
Tidak terkecuali juga, kemungkinan
Nwaneri dan Okocha boleh menjadi senjata terbaru manakala Ghaddar dan
Antwi pula didaftarkan beraksi dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC) semuanya akan terjawab sebelum 13 Februari ini.
** Sumber: Berita Harian**
Subscribe to:
Posts (Atom)




