Tuesday, 17 April 2012

Ghaddar Kembali Ke Liga Super


SEPERTI yang diramal, penyerang import dari Lebanon, Muhammad Ghaddar kini kembali menyarung jersi skuad Liga Super Kelantan selepas berjaya meledak lima gol dalam dua perlawanan terakhir.
Hatrik ketika aksi di Kota Bharu dan dua lagi gol direkodkan di Kota Malang, Indonesia ketika aksi menentang Arema FC dalam kempen Piala AFC berjaya memikat hati pihak pengurusan.
Selepas hampir dua bulan direhatkan ekoran bergelut dengan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan, Ghaddar membuktikan beliau adalah taruhan terbaik untuk Kelantan menghadapi baki saingan Liga Super yang akan memasuki pusingan kedua.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Rosmadi Ismail berkata, keputusan membawa masuk kembali Ghaddar menggantikan Onyekachi Nwoha berkuat kuasa serta-merta.
Menurutnya, selepas meneliti prestasi semasa pemain berkenaan, pihak pengurusan dan jurulatih, Bojan Hodak setuju untuk menyenaraikan Ghaddar sebagai pemain import untuk aksi Liga Malaysia.
“Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pengurusan meneliti laporan yang disediakan oleh pihak jurulatih dan kita berpendapat Ghaddar lebih baik namun, khidmat Nwoha tetap diperlukan.
“Tidak timbul campur tangan daripada pihak pengurusan dalam keputusan ini kerana sejak dulu lagi kita menyerahkan urusan pasukan kepada pihak jurulatih untuk membuat penilaian,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, keputusan untuk mengekalkan Nwoha juga tertakluk kepada perbincangan antara pihak pengurusan dan pemain tersebut. Sekiranya Nwoha bersetuju untuk kekal, beliau akan beraksi pada Piala AFC.
Katanya, setakat ini Kelantan mengekalkan empat pemain importnya termasuk dua lagi, pemain pertahanan Obinna Nwaneri untuk Liga Malaysia dan Denny Antwi yang disenaraikan untuk beraksi pada Piala AFC.
“Merujuk prestasi Ghaddar dalam perlawanan lepas, kita berharap dan yakin beliau mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan.
“Semua tahu kita mempunyai jadual yang ketat, jadi kita memerlukan pemain yang mempunyai prestasi dan kualiti yang tinggi. Kita harap Ghaddar bersedia untuk itu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Rosmadi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, penggantungan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tidak menjejaskan proses pengurusan pasukan.
Jelasnya, pihak pengurusan menjalankan tugas seperti biasa dengan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.

Sumber: Kelate.net

Tuesday, 10 April 2012

AFC Cup 2012: Matchday 4


7 Penyelewengan FAM Mula Tersebar


#1 Penyelewengan Pertama :

Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?


#2 Penyelewengan Kedua :

Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat?Adakah berlaku penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2 tahun?

Kenapa gaji Rajagopal terlalu mahal, RM75,000 sebulan dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN? Gaji jurulatih terdahulu sekitar Rm25,000 sahaja.

#3 Penyelewengan Ketiga :

Mesyuarat AGONG tidak buat, maka dari segi undang-undang FAM ini adalah tidak sah dan boleh diharamkan?

Mesyuarat pasukan kebangsaan juga hanya buat sekali sahaja?

#4 Penyelewengan Keempat :

Presiden KAFA rapat dengan semua ketua pasukan dan ini ada pihak merasakan ini acaman kepada Presiden FAM dalam merebutkan jawatan presiden dalam kongres akan datang?

TS Annuar merupakan pengurusan tertinggi yang ada dalam negeri semasa pandangan TS diutarakan. Presiden dan Tengku Mahkota berada di london semasa itu, jadi perlukan TS Annuar mohon kebenaran kepada DIRI SENDIRI?

#5 Penyelewengan Kelima :

Selama lebih 20 tahun Tuanku menjadi presiden, berapakalikah surat kebenaran dikeluarkan?

Titah Tengku Mahkota dianggap undang-undang, surat perkeliling dihantar ke setiap negeri tanpa kebenaran EXCO, tiada KEBENARAN diberikan untuk edarkan perkeliling. Maka adakah ini satu lagi penyelewengan pengurusan?

#6 Penyelewengan Keenam :

TS Annuar mesti dihukum selama 2 tahun supaya beliau tidak dapat bertanding dalam kongres akan datang?. Maka selamatlah puak-puak Tunku Presiden?, selamatkah Rajagopal 75K?

#7 Dan Penyelewengan TERBESAR :

Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M. Tetapi selepas EMPAT bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM. Berjuta-juta hilang.

TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).

Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia!

credit :
-MALAYSIA FOOTBALL FORUM-


Wednesday, 15 February 2012

Siapa Nwoha Onyekachi?

   
Onyekachi Paul Nwoha (lahir pada 28 Februari 1983 di Aba) adalah pemain kebangsaan Nigeria yang kali terakhir bermain bersama pasukan Fujairah Sports Cultural Club.
   Onyekachi Nwoha memulakan karier bersama FC Spiders, sebelum dia berpindah ke Enyimba International FC pada tahun 2011. Dia bermain bersama kelab yang berpengkalan di Aba selama setahun sebelum berpindah ke kelab Enugu Rangers, pasukan liga Nigeria. Pada tahun 2003, Nwoha telah dikesan bakatnya oleh sebuah pasukan di Liga Tunisia iaitu Etoile Sahel. Beliau bermain selama setahun di Tunisia sebelum berpindah ke kelab bola sepak Al-Khaleej yang berpengkalan di Arab Saudi. Pada tahun 2005, Nwoha berpindah ke kelab UAE, Al-Ain. Dia berubah angin ke kelab Ukraine apabila kelab Metalist Kharkiv menandatangani beliau pada tahun 2006. Bermula Januari hingga Julai 2008, beliau dipinjamkan kepada FC Zorya Luhansk juga kelab di Liga Ukraine. Pada musim panas 2008, Nwoha meninggalkan Metalist Kharkiv dan menandatangani kontrak bersama Fujairah Sports Cultural Club.