Monday, 25 April 2011

Preview Kelantan Lwn Selangor

Malam esok ibarat perlawanan El-Clasico di La Liga Sepanyol iaitu pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia iaitu The Red Warriors (Kelantan) dan Red Giant (Selangor).

Foto kredit kepada PFKE.com


Berdasarkan kepada rekod 5 pertemuan sebelum ini, 2 kemenangan memihak kepada Kelantan dan 3 seri. Kemenangan terakhir The Red Warriors terakhir terhadap Red Giant adalah pada perlawanan pembuka liga iaitu pada 29 Januari 2011 memihak kepada Kelantan dengan kemenangan 2-0.

Jika dilihat kepada prestasi semasa, Selangor mampu memberi cabaran kepada pasukan Kelantan yang kurang konsisten akhir-akhir ini. Walau bagaimanapun kemenangan besar 4-0 ketika melayan kunjungan Perlis di Kota Bharu merupakan satu motivasi untuk pasukan Wira Merah ini.

Pertemuan malam esok akan memberi petunjuk kepada perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 yang akan berlangsung pada 12 Mei 2011 di Kota Bharu. Pasukan manakah yang akan memberi tekanan kepada pasukan lawan nanti.

Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang menjadi sandaran pasukan Kelantan akan dikawal rapi oleh narisan pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom (Achong). Penjaring terbanyak pasukan Kelantan dengan 11 gol setakat ini akan berusaha untuk menambahkan koleksi gol seterusnya menjadikannya sebagai penyerang yang paling digeruni di Malaysia.


Bagi Selangor pula pengalaman dan kemahiran yang ada pada Amri Yahyah akan digunakan sepenuhnya bagi merobek pintu gol Kelantan yang akan dikawal ketat oleh Khairul Fahmi (Apek).

Foto kredit kepada theredwarriors.com

Apa-apa pun, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang tapi kelebihan memihak kepada Kelantan selaku tuan rumah. Sudah pasti Stadium Sultan Muhammad Ke-IV akan dipenuhi oleh lautan merah dan semestinya tiada penyokong Selangor yang berani meredah lautan Merah di Kota Bharu.





Thursday, 27 January 2011

Datuk M.Karathu jurulatih baru TRW

Salam Red Warriors...


Selesai. Itulah perkataaan yang sesuai untuk pasukan TRW apabila Datuk M.Karathu telah bersetuju untuk menjadi jurulatih baru TRW menggantikan B.Sathianathan. Beliau akan menendatangani kontrak selama setahun. Nama M.Karathu bukan asing dalam sejarah bola sepak Kelantan kerana belaiu pernah membimbing Kelantan pada era 90-an.


Foto sumber dari TheRedWarriors.com

Dikhabarkan beliau akan tiba pada pukul 8 pagi ini di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu dan proses serah tugas oleh B.Sathiantahn akan dilakukan. Tugas pertama M.Karathu ialah membawa pulang Piala Sumbangsih yang belum pernah dimiliki oleh TRW.

Dalam Facebook TSAM:
"Pagi esok DATO M KARATHU TIBA DI AIRPORT JAM 8 pagi Dan SATHIA AKAN MENJEMPUTNYA DI AIRPORT...selepas sarapan beliau akan terus ke STADIUM menemui pemain bersama sathianathan..walau sathia tak lagi didaftarkan sbg jurulateh M LEAGUE,beliau tetap menjadi CHIEF ADVISOR KPD SEMUA JURULATIH DAN PASUKAN KELANTAN.."


Wednesday, 26 January 2011

Logo Liga Super 2011

Hari ni FAM melancarkan logo baru Liga Super 2011.




Diharap logo baru disertakan dengan semangat baru dan juara baru.

Yang Mana Satu?

Hari ni nak post pasal pengganti jurulatih The Red Warriors.



Sejak akhir-akhir ni sibuk berita pasal pengganti B.Sathianathan.


Antara Azraai Khor, Datuk M.Karathu, Peter Butler dan Bojan Hodak.

Azraai Khor jurulatih Harimau Muda yang digugurkan masih mempunyai kontrak dengan FAM sehingga penghujung tahun 2011. Adakah dia akan menggantikan B.Sathianathan?

Bojan Hodak, bekas jurulatih MyTeam, dan kini jurulatih salah sebuah kelab bola sepak di Phnom Penh, Kemboja. Adakah beliau?

Datuk M.Karathu, bekas jurulatih Perak dan pernah menjadi jurulatih Kelantan. Mungkinkah beliau?

Ataupun Peter Butler, bekas jurulatih Kelantan tahun 2008-2009 dan kini memimpin kelab BEC Tero Sasana di Bangkok, Thailand. Dikatakan pernah merajuk dengan pasukan Kelantan. Mungkin juga beliau?

Walau siapa pun pengganti Coach Sathia, KAFA perlu selesaikan isu ini secepat mungkin sebelum sepak mula Piala Sumbangsih merangkap perlawanan pertama Liga Super 2011

Sama-sama kita tunggu dan lihat.




Untuk tahun 2011....ni baru makan.

Dah dua minggu menunggu...akhirnya malam tadi terlangsai juga mengidam nak makan PROSPERITY BURGER McD....

Tu pun sebab semalam dah masuk gerGAJI....kalau gerGAJI tak masuk lagi....mahu kitorang tangguh dulu hajat tu....Tiap tahun mmg aku tak pernah miss prosperity burger ni....bukannya selalu ada...time raya cina je.

Untuk tahun ni kami dah makan....so tahun depan la pulak.