Wednesday, 1 February 2012
Tuesday, 31 January 2012
Antara Ghaddar dan Antwi
AKSI Ghaddar (kiri) ketika menentang Kuala Lumpur
dalamsaingan Liga Super di Kota Bharu, minggu lalu.
KOTA BHARU – Bukan lagi rahsia, bekas
pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri akan menjadi
‘kereta kebal’ terbaru The Red Warriors apabila mengikat kontrak dengan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) semalam.
Keputusan Kafa mengikat Nwaneri selain
kehadiran Samad Okocha dari Ghana yang mahu mencuba nasib bersama The
Red Warriors sudah pasti impak kepada dua pemain import sekarang,
Mohammed Ghaddar dan Denny Agyare Antwi.
Apa tidaknya, peluang Ghaddar, pemain
kelahiran Beirut, Lubnan untuk kekal beraksi dalam kancah Liga Super
seakan telur dihujung tanduk angkara ‘kurang bernasib baik’ gagal
menjaringkan gol meskipun mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan
terakhir menentang Kuala Lumpur tempohari.
Berlainan pula dengan Antwi, yang
dianggap cukup ‘bernasib baik’ kerana berjaya menjaringkan dua gol dalam
dua perlawanan terakhir meskipun diturunkan selaku pemain gantian dalam
pertemuan menentang Kedah dan Kuala Lumpur.
Malah kejayaan Antwi menjaringkan gol
tersebut berjaya menghapuskan kecaman penyokong setia Kelantan yang
dilontarkan sebelum itu tatkala Ghaddar, tidak dapat tidak perlu
berdepan dengan pelbagai cemuhan rentetan kegagalan beliau
menyempurnakan deretan peluang yang terhidang ketika bertemu Kuala
Lumpur tempohari.
Keputusan Kafa mendapatkan khidmat
Nwaneri dianggap cukup tepat kerana bukan sahaja dapat memperkukuhkan
benteng pertahanan The Red Warriors malah mampu menyaingi kehebatan
penyerang import negeri lain seperti Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri
Sembilan) dan Francis Forkey Doe (Terengganu) yang dianggap cukup
berbisa setakat ini.
Sementara itu, Okocha yang akan diuji
dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang kelab Balistier
Khalsa FC dari Singapura di Kota Baharu pada 4 Februari ini sudah pasti
sedaya-upaya mahu memikat hati pihak pengurusan Kafa.
Andai Okocha juga berjaya menambat hati
peminat The Red Warriors, masa depan penyerang import sekarang, Ghaddar
dan Antwi dalam kancah Liga Super musim ini pasti tergugat.
Segalanya terpulang kepada pihak
pengurusan Kafa, sama ada mengekalkan Ghaddar dan Antwi terus beraksi
dalam Liga Super atau menyenaraikan Ghaddar dan Nwaneri sebagai pasangan
baru The Red Warriors selepas ini.
Tidak terkecuali juga, kemungkinan
Nwaneri dan Okocha boleh menjadi senjata terbaru manakala Ghaddar dan
Antwi pula didaftarkan beraksi dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC) semuanya akan terjawab sebelum 13 Februari ini.
** Sumber: Berita Harian**
Obina Nwaneri Import Baru TRW
Full name
|
Obinna Nwaneri
| ||
|---|---|---|---|
Date of birth
|
March 18, 1982 (age 29)
| ||
Place of birth
| |||
Height
|
1.83 m (6 ft 0 in)
| ||
Playing position
| |||
Club information
| |||
Current club
| |||
Number
|
4
| ||
Youth career
| |||
Senior career*
| |||
Years
|
Team
|
Apps†
|
(Gls)†
|
2000–2002
|
6
|
(1)
| |
2003–2004
|
?
|
(?)
| |
2004–2007
|
43
|
(3)
| |
2007–2010
|
72
|
(2)
| |
2010–2011
|
21
|
(3)
| |
2012-current
| |||
National team‡
| |||
2005–
|
33
|
(1)
| |
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of 13 May 2009.
† Appearances (Goals).
‡ National team caps and goals correct as of February 25, 2010
| |||
** Sumber: Wikipedia **
Monday, 23 January 2012
Presiden Belum Puas Hati
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) masih belum berpuas hati dengan tahap dan corak persembahan
pemain The Red Warriors selepas empat perlawanan Liga Super 2012.
Menurut Tan Sri Annuar
Musa, pemain Kelantan masih lagi perlu meningkatkan keserasian,
kerjasama berpasukan dan penguasaan bola pada perlawanan selepas ini.
Walaupun begitu, Annuar tetap bersyukur dengan kemenangan besar 3-0 keatas Kedah di Stadium Darul Aman, malam semalam.
Selain itu, Annuar juga
mengharapkan pasukan Kelantan terus berwaspada dengan ancaman pencabar
terdekat seperti Terengganu, T-Team, Perak dan Felda.
Kelantan menduduki carta teratas
Liga Super tetapi kekuatan kita masih belum teruji sepenuhnya selagi
belum bertemu pasukan kelompok atasan, jelasnya lagi.
Menyentuh tentang pemain import, beliau berharap kedua-dua pemain (Antwi & Ghaddar) dapat menajamkan lagi sentuhan penyudah didepan gawang dan menunjukkan aksi yang setaraf dengan status. -RedsfcNews-
Menyentuh tentang pemain import, beliau berharap kedua-dua pemain (Antwi & Ghaddar) dapat menajamkan lagi sentuhan penyudah didepan gawang dan menunjukkan aksi yang setaraf dengan status. -RedsfcNews-
Tuesday, 17 January 2012
Kelantan Tampil Barisan Terbaik
Tetap hormati Johor FC, namun enggan tercicir mata lagi
KOTA BHARU – Gagal meraih mata penuh pada pertemuan menentang PKNS FC tempoh hari, The Red Warriors kini tidak mempunyai pilihan melainkan perlu menumbangkan pasukan berstatus kelab, Johor FC dalam aksi ketiga Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim berkata, hanya kemenangan ke atas Johor FC dilihat mampu melonjakkan kembali maruah The Red Warriors bagi mendaki tangga teratas liga pada musim ini.
“Kita akan menampilkan barisan terkuat Kelantan pada pertemuan malam ini. Tidak ada strategi khusus bagi menghadapi Johor FC sebaliknya semua pemain turun menjalani latihan seperti biasa di bawah kendalian jurulatih, Peter Butler,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Kita tidak boleh tercicir mata lagi. Sesuatu yang cukup mengecewakan sekiranya kita beraksi di gelanggang sendiri dan di hadapan penyokong setia sendiri tetapi gagal masih mengutip mata penuh.
“Jadi saya ingatkan kepada semua pemain, kita bukan sahaja tidak boleh kalah tetapi juga tidak boleh berkongsi mata dengan Johor FC pada pertemuan malam ini. Kemenangan cukup penting bagi mengukuhkan kedudukan kita dalam carta liga,” katanya.
Sementara itu, Azman turut menjelaskan The Red Warriors kempunan untuk menggunakan khidmat bek kental, Azizi Matt Rose bagi memperkuatkan benteng pertahanan apabila pemain tersebut masih belum cergas sepenuhnya setelah pulih daripada kecederaan lutut baru-baru ini.
Mengulas mengenai lawan bakal dihadapi pada malam ini, Azman menegaskan beliau tetap menghormati keupayaan pasukan bimbingan jurulatih K Devan itu yang disifatkan mempunyai kekuatan yang tersendiri.
“Anda boleh lihat kekuatan mereka apabila menewaskan PKNS FC 2-1 pada perlawanan pertama tidak lama dulu. Memang mereka tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan kedua, namun mereka dilihat lebih menguasai perlawanan ketika bertemu skuad Jang itu. Cuma nasib sahaja tidak menyebelahi mereka.
“Malah meskipun tanpa pemain import namun kekuatan pasukan mereka masih seimbang. Kita harus berwaspada dengan beberapa pemain mereka seperti Azi Shahril (Azmi), Mohd Khairulnissam Sahabudin (Hussain), Shafizan (Hashim) selain Eddy Helmi (Abdul Manan) yang sudah pasti boleh memberi masalah kepada kita,” katanya.
Begitu pun, rekod pertemuan musim lalu bagi kedua-dua pasukan nyata memihak kepada The Red Warriors yang berjaya menewaskan pasukan dari selatan tanah air itu 4-1 di Kota Bharu.
Subscribe to:
Posts (Atom)



