Friday, 13 February 2009

Takut @ Hormat.

Hari Jumaat yg mulia ni aku terasa tersangat la bengang ngan murid2 ku. Dah la hari ni sekolah takat pukul 12 je. Hanya 4 jam 20 minit je masa yang ada kat sekolah. Bukannya aku nak cakap aku suka duk lelama kat skolah tu cuma hari jumaat la hari yg paling memenatkan aku kat sekolah. Mana taknya, dgn masa 4 jam 20 minit itulah aku kena abiskan 4 kelas mengajar atau 8 waktu (1 waktu = 30 minit) maka secara totalnya aku mengajar 4 jam. 20 minit lg buat apa? Apa lagi rehat la (makan). Itu ok lagi. Bagi aku itu adalah tanggungjawab aku.

Yang bengangnya, budak2 ni, tak serius masa belajar. Itulah masalah utama murid2 kita sekarang ni. Alu ni bukannya guru yg garang. Tapi tak jugak jenis yg berlembut. Tapi tegas. Masalah budak2 ni diorang tak serius. Homework tak buat, buku tak bawak, buku hilang, yang paling aku takleh terima "kucing makan buku saya, cikgu." Apa lagi sebijik lempangan hinggap kat kepala dia la. Silap haribulan la budak tu. Timing tak kena. Dah la kau tengah bengang.

Apa yang aku ceritakan ni memang biasa dilalui oleh mana2 guru. Tapi tak semua. Budak2 ni kalau dia takut dgn sorang cikgu tu dia akan buat apa saja yg cikgu tu suruh. Tapi aku tak suka macam tu. Budak2 nanti tak ikhlas apa yg diorang buat. Pastu mula la nak tiru kawan dia. Ye la takut nanti tak pasal2 kena lempang. Maknanya diorang buat homework sebab takut kena marah+lempang. Tak tercapai objektif pembelajaran. Tapi kalau dia hormat kat cikgu tu, dia dgn sendirinya akan berasa segan kat cikgu tu kalau dia tak buat homework.

Ini lah yang sukar dicapai oleh seseorg cikgu. Budak buat homework sebab takut bukan hormat. Kalau budak2 ni dia tahu apa matlamat dan tujuan dia ke sekolah, sudah pasti diorng ni akan fokus dan lebih serius. Even budak SBP pun kalau tak serius dan fokus diorang akan gagal jugak.

Jadi jgn ingat tugas cikgu senang. Bukannya masuk kelas, pum pam pum pam mengajar pastu keluar kelas, lepak2 kat bilik guru, pastu masuk kelas lagi. Berat tanggungjawab seorng cikgu. Setiap cikgu kena pastikan budak2 ni paham apa yang diajar. kalau budak tak paham, cikgu kena cari cara supaya budak tu kena paham. Ada paham?!

Maka dengan itu, Gaji cikgu perlu dinaikkan lagi. Hahahaha.......

Monday, 9 February 2009

Buku teks

Petang tadi aku terbaca satu rencana di Berita Harian tentang masalah pelajar yang tidak membawa buku teks ke sekolah.

Sebagai seorg guru di sekolah rendah, aku jarang berhadapan dgn masalah murid yg tidak membawa buku teks ke sekolah. Terlebih bawa buku teks tu ada la. Ye la budak sekolah rendah ni mana pandai lagi nak mencari idea kelentong cikgu dgn alasan yg bukan2. Mereka takut kat amaran yg tlh cikgu bagi kalau tak bawa buku teks. Nak selamat bawa je semua. Tu yg beg sekolah berat sampai senget2 bahu budak2 tu. Kesian.... Tambah pulak kalau beg yg lg besar drpd mereka. Lagi kesian........

Tapi masalah tak bawak buku teks ni memang masalah yg sgt popular di sekolah menengah. Kalau kita tgk pelajar2 sekolah menengah skrg ni memang lenggang je gi sekolah. Masa aku jadi pelajar sekolah dulu pun tak jugak bawak buku byk2. Tapi takde la tak bawa langsung. Kalau dah berjalan lenggang masuk ke pagar sekolah tu, apa benda yg diorang belajar kat sekolah tu?

Tapi dalam hal ni, pelajar tidak blh disalahkan 100%. Kalau ditanya kpd pelajar, alasan mereka satu je, cikgu tak guna buku teks. Ha, ni satu lg masalah. Alih2 masalahnya berpunca dari cikgu gak. Cikgu pun satu hal, kenapa tak nak guna buku teks yg kerajaan bekalkan? Alasan cikgu, kandungan pelajaran dlm buku teks tak mencukupi. Maka cikgu terpaksa menggunakan buku rujukan yg lain. Betul jgk kan?

Bagi aku, kandungan pelaran dalam buku teks yg dibekalkan tu sebenarnya dah mencukupi, tetapi pelajar tu sendiri kena la mencari sendiri maklumat2 tambahan untuk memantopkan lg pengetahuan dan pelajaran mereka. Masalahnya pelajar2 kita ni semua makan suap. Kalau cikgu tak bagi, takdenya mereka nak cari sendiri. Tapi itulah sistem pendidikan di negara kita ni. Semua makan bersuap. Tu yang bila dah masuk IPT, nak buat assignment mula la nak tiru2 org. Kalau tak pun diceduknya 100% dalam buku. Apa yg diceduk ntah dia tahu ataupun tidak. Main ceduk je.

Apa pun, marila kita bersama menuju kegemilangan pendidikan kelas pertama.

Kesian.....

"Rafi, kenapa dengan Abg Jamil tu?" tanya Latifah.
"Kesian..." jawab si Rafi.
"Apa yang kesian?" tanya Tipah lagi.
"Kesian...." ulang Rafi.

Begitulah dialog dalam filem Madu Tiga. Kesian..... Apa yang kesian? Siapa kesian kat sapa ni?

Kesian kat rakyat negeri Perak. Orang lain yang bercakaran, rakyat yang terima kesengsaraan. Politik. Politik.

Situasi di negeri Perak sekarang memang unik dan jarang2 berlaku di dlm negara kita ni. Kalau tak silap aku mengikut sejarah perkara senario kekalutan mcm ni pernah berlaku pd tahun 1960 kat Terengganu. Wakil rakyat menyorok dan tup tup keluar dari menyorok dah lompat parti.

Bagi aku, seadil-adilnya, pilihanraya patut dilakukan semula. Bagi peluang rakyat memilih semula wakil mereka. Lagipun jumlah kerusi PR dan BN seri apa. Kalau dlm bolasepak seri sehingga masa tambahan kena penalti. Dlm badminton ada deuce. Baru la adil kan? Aku bukan menyebelahi sapa2. BN pun tak PR pun tak. Mungkin pada PRU 12 hari tu rakyat Perak memprotes kat BN jadi mereka tiada pilihan sanggup membayar nilai yg mahal memilih PR. Tetapi kalau pilihanraya diadakan semula, aku pasti rakyat Perak pasti tidak teragak-agak lagi untuk memilih kerajaan yang betul dan adil.

Setakat blog ini ditlis, ada berita terbaru mengatakan ahli Parlimen Bkt Gantang, YB Roslan (PAS) meninggal dunia. Nampaknya kedua-dua PR & BN sudah berkira-kira akan melawan habis-habisan untuk memenangi kerusi ini. Yang pasti pertandingan akan sengit. Kita tunggu dan lihat aje la.








Sunday, 1 February 2009

Ahad yg bosan

Ahad kembali lagi....

Hari ni mmg aku ngan family xde plan nk gi mana & buat apa. Cuma wife aku ngan acara wajib dia la setiap hr Ahad, basuh kain baju stock seminggu punya. Sayang MAMA kerana menjalankan tugas dgn penuh dedikasi.

Aku rileks je... Tu yg buatkan wife aku kekadang tu bengang ngan aku. Aku tolong gak la sikit2. Tapi sebenarnya aku ada misi yg perlu aku selesaikan. Iaitu menanda buku latihan murid aku sebanyak 3 kelas. Satu kelas 35 buku, 3 kelas?..... Banyak tu. Tapi takpe... aku akan cuba selesaikan misi tersebut malam ni.

Hopefully aku akan meng'accomplish'kan misi aku malam ni sebelum game LIVERPOOL and CHELSEA.

Chow...

Saturday, 31 January 2009

Peace for Palestine!

Masih ada lgi. Walaupun ake dah lama tak story apa2 kat blog ni and walaupun xde sapa2 nak baca blog ni. Aku tetap nk teruskan blog aku ni. At least ada tempat aku nak bercerita secara maya. Walaupun aku sorang je yg view blog ni.

Apa yg buat aku terpanggil utk menyambung kembali penulisan aku kat blog ni, kerana kesian tgk sahabat2 seagama kita kat GAZA tu menderita. Kekejaman zionis memang melampau. Israel laknatullah perlu dihukum. Hanya tuhan saja yg tahu apa hikmah disebalik yg berlaku ni.

Aku juga tabik kat PM Turki yang berani mengecam Presiden Israel laknatullah tu depan2 je kat persidangan economic dunia di Davos. Respect la lu Bro. Agaknya kalau Tun Mahathir ada kat situ pun mungkin sama2 join PM turki tu kutuk Presiden Israel depan2. Che Det the hero.....

Walau apa pun alasan yg diberikan, Israel laknatullah harus diturunkan bala oleh Allah SWT. Aku berharap kita semua berdoa supaya bumi Israel laknatullah di terbalikkan oleh Allah. Allahuakbar....

Peace for Palestine!