Thursday, 12 March 2009

Aku ke yang salah?

Siapakah yg bersalah apabila barang kita yang diambil oleh seseorang tanpa dimaklumkan kepada kita tetiba hilang?
A. Tuan punya barang
B. Orang yg mengambil barang tanpa pengetahuan tuan punya barang
C. Barang itu sendiri
D. Kesemua di atas

Jawapannya ialah D. Kesemua di atas.

Itulah yang terjadi padaku. Laptop sekolah yang dipinjamkan kepadaku telah diambil oleh seorang cikgu lain tanpa pengetahuan aku telah dijumpai berada di kantin tidak bertuan. Siasat punya siasat di dapati cikgu A telah mengambilnya tanpa pengetahuan aku. Dia memohon maaf kepada ku tentang kesilapannya. Yang peliknya laptop tu aku tak dapat ambil balik, sebab GB mintak aku buat show cause letter. Apa hal pulak aku... Bukan aku yang salah. Cikgu A tu lah yang salah. Peduli la takdenya aku nak buat surat tu. Betul la kan dlm situasi ni aku bersalah, Cikgu A tu bersalah, laptop tu pun bersalah (mengikut pandangan GB aku.) Pelik pelik.......

Apa apa pun aku maafkan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak dalam kes ni.

Thursday, 5 March 2009

Sementara menunggu 24......

Betemankan se'mug' air nescafe 3 in 1 yg baru dibancuh panas-panas. Aku duduk di depan laptop cuba untuk mengarut dlm belog aku ni. Sementara menunggu final episode of 24, aku pun tak tahu apa nak buat. Nak tanda kertas ujian budak. Malas pulak. Nanti-nanti la.... Weekend ni kot baru aku tanda. Lagipun weekend ni cuti bersambung ngan Maulidur Rasul. Bercakap pasal Maulidur Rasul, aku ada terbaca dlm paper, kerajaan nak buat perarakan besar-besaran tahun ni. Patutnya tiap-tiap tahun besar. Bukan tahun ni. Tahun depan lagi besar drpd tahun ni.

Apa lg aku nak citer ha? Kalau ada la memember aku xuitm terbaca blog aku ni thanks la. Selalu-selalu la jenguk aku kat sini. Walaupun tak dapat jumpa, dapat tahu perkembangan aku kat sini pun ok kan? Bagus la Fader dah buat stu belog khas kat kita semua. Bagus la Fader ni. Tapi Fader ni memang bagus sejak dari uitm lagi. Budak buat kerja memang tersusun, dan rapi. Jek baik nyer. Jadi korang kena la sokong dia.

Aku skrg ni kat skolah memang tgh sibuk giler. Setelah aku dilantik secara paksa oleh GB sbg S/U Ko-kurikulum, pendek kata jawatan ni dah macam Peolong Kanan Ko-kurikulum la. Tambah pulak skool aku kena mengelola pertandingan kawat kaki peringkat Daerah Seremban. Yang best tu PPD siap maklum kat kita peruntukan takde lagi ye cikgu. Cikgu buat la dulu. Event ni peringkat daerah, mana nak gagau. Kalau dah tahu takde duit, tak payah la buat program. Ni kalau org PPD baca blog aku ni, mati aku kena bantai kat diorang. Peduli apa aku, yang peningnya kitorang la. Program kena jalan, duit cari sendiri. Mana nak beli hadiah, makan minum peserta, makan minum hakim dan pegawai dan urusetia, sewa canopy lagi. Busuk-busuk pun kena ada 2-3K. Bukan tu je, baru2 ni kejohanan olahraga peringkat daerah seremban baru je lepas, pingat budak-budak tak dapat lg. Minggu depan dah nak bertanding peringkat negeri. Yang kesinnya budak-budak la kan. Penat-penat diorang berlatih dan bertanding alih-alih dapat sijil je la. Kurang-kurang kena la ada pingat ke ketul kayu ke. Budak-budak ni seronok kalau dapat benda2 yg boleh mereka banggakan. Sijil tu apa la sangat. Diorg tak pandai lagi nak menilai sijil tu semua.

Dalam pada tak tahu nak tulis apa tu, panjang la pulak. Dah nak dekat pukul 10 ni. 24 dah nak start. Apa kesudahannya. Apa yg terjadi kepada Jack Bauer dan CTU? Mari kita saksikan bersama 24 di saluran 701 (AXN). Promo la pulak. Minggu depan sambung pulak Heroes season 3 Part 2.

OK chow.

Monday, 2 March 2009

Konsert Alam M. Nasir


Superb. Itu saja perkataan yg sesuai untuk Konsert Alam Muzik M. Nasir yg aku gi tengok ari tu. Salute kat Sifu kita ni. Walaupun beliau tlh menjangkau usia 52 tahun, tapi show malam tu nampak macam dia muda2 dulu. Masa dia ngan kumpulan Kembara.

Semua lagu yang aku jangka dia perform. Show dimulakan dgn lagu Di Balik Cermin. Di akhiri dgn lagu Juwita. Yang paling best lagu Ada & Apokalips. Semua audience berdiri dan ada yg menari. Walaupun Istana Budaya ni macam kena skema2 sikit penontonnya, tapi semua org dah rasa cam konsert kat stadium negara pulak. Melompat, menari dan ada jugak yg head-bangging.

Memang best. Konsert M. Nasir ni dah byk kali aku gi, tapi yg ni memang MANTOP. Caya la bro Sifu. Tabik sama lu.

Saturday, 28 February 2009

Red Warriors Vs Red Giant

Malam ni perlawanan yng di tunggu-tunggu oleh kedua-dua peminat Red Warriors dan Red Giant. Apa yang pasti malam ni stadium Shah Alam akan di banjiri dgn warna merah. Merah Putih untuk Kelantan dan Merah Kuning untuk Selangor. Aku peminat setia bola sepak Malaysia sudah lama menunggu saat camni. Tambah-tambah lagi pasukan negeriku Kelantan yang sedang mendahului liga super ketika ini.

Khabarnya 32 buah bas dari Kelantan sedang meluru ke Shah Alam hari ni. Malangnya aku tak dapat ke Shah Alam kerana aku dah janji ngan M Nasir mlm ni. Konsert Alam M nasir la pulak kat IB. Dah janji nak buat camne.

Apa pun aku harap Red Warriors akan menumbangkan Red Giant malam ni. Keputusan malam ni Kelantan 3 Selangor 0.

Go Red Warriors.

Thursday, 26 February 2009

Melayu & Rajanya

ARTIKEL PILIHAN :Untuk Mereka Yang "Mungkin" Faham Relevannya Melayu & Rajanya

Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah

Oleh Abdurrahman Haqqi, Akhbar Berita Minggu 1 April 2007, ms 15

“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)


Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.

Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.

Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.

Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).

Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)

Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya’.

Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.

Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.

Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)

Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.

Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).

Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.

Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.

Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.

Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.

Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.

Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.

“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)

Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23).

Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.”

Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.