Sunday, 13 September 2009

Friday, 4 September 2009

Some photos from D60

Gambar ni Mama yang shoot. Cantik kan?





Gambar ni Papa pulak yang shoot. Mana lagi cantik?





Pokok betik belakang rumah pun jadi sasaran.



Cikgu Nik.



Monday, 31 August 2009

I got my gun


Akhirnya, dengan pertolongan isteriku, aku dah dapat benda yang aku impikan selama ini (thanks Sayang, sayang Sayang)

Sebenarnya aku masih lagi cetek dalam dunia fotografi ni. Cita-cita tu takdela nak jadi photographer, just a hobby. This is how i can show my creativity (kreatif ke?).

Bila dah dapat tu, hari-hari nak ambik gambar. Nampak apa je nak tembak (shoot). Harap-harap, bila dah tiiap-tiap hari menembak tu, dapat la satu tembakan yang mengena sasaran.

Di sini aku semadikan beberapa tembakan aku pada hari kedua aku memiliki senjata ini.

Saturday, 22 August 2009

Salam Ramadhan





Ramadhan Ya Ramadhan.

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah kita masih berpeluang sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Betapa bertuahnya diri kita kerana dipanjangkan umur dan disihatkan tubuh badan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Inilah peluang kepada kita untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Kerana di dalam bulan Ramadhan ini terdapat begitu banyak ganjaran pahala yang ditawarkan oleh Allah. Bukan saja di Shopping complex yang banyak tawaran-tawaran hebat, Ramadhan juga menawarkan berbagai ganjaran yang lumayan untuk bekalan kita di akhirat kelak. Sesungguhnya amatlah rugi bagi orang yang mensia-siakan peluang ini.

Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini mendapat lebih rahmat dan keberkatan dari Allah berbanding tahun-tahun yang lepas.

Selamat Berpuasa semua....

Thursday, 20 August 2009

The Amethyst



Just to share. Inilah rumah kami yang dalam pembinaan. Baru 55% completion.