Semingu lebih aku tak blogging. Sejak lepas cuti sekolah ari tu sampai la saat ni baru la aku ada masa & mood nak cerita kat blog ni.
Sebenarnya aku tak ke mana. Ada kat Seremban ni. Cuma aku busy skit ngan kerja2 kat skolah tu. Besa la setakat dah jadi S/U Kokurikulum ni, kerja bertambah-tambah. Lepas cuti ari tu, on 28 March, aku busy mengelola Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Seremban. Semua berjalan lancar. Komitmen semua cikgu2 skolah aku, tip top. Mantooooppp. Thank you, semua.
Dah selesai semua tu, aku kena buat report pasal Pertandingan tu, pastu kena antar kat PPD. Ingatkan dah abis Kawad kaki tu, boleh la aku concentrate kat budak2 aku. Kesian diorang, sepanjang minggu tu aku terpaksa excuse semua kelas. Dah la budak2 tu nak exam (UPSR) tahun ni. Cikgu janji, lepas selepas selesai semua kerja ni, cikgu akan cover semua yg tertinggal tu.
Mana, dah abis kawad kaki, datang lak penganjuran Pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah pulak. Abis tu skolah awak ada padang paling besar. Nak kena siapkan padang la pulak. Nak kena buat line, siapkan surat2 jemputan, pengadil dan segala macam la.
Dah abis tu, dah ada tugas menanti bulan May nanti, Aku kena menguruskan persiapan pasukan Bola Baling sekolah pulak. Nasib baik ada cikgu yang sudi membantu. Selection dah buat, tunggu nak turun training je.
Aku rasa masa aku kerja ngan company housing developer dulu tak seteruk ni kerja yang bertimpa-timpa. Tapi takpe, mungkin ada rahmat disebalik semua ni. Mungkin ini la masa aku nak tonjolkan kemahiran dan bakat aku mengurus dan mentadbir.
Aku tak menharap apa2 cuma pengalaman yang paling berharga. Betul tak?
Alamak, bini aku dah gigit2 telinga ni. Ada tugas perlu dilaksanakn. Chow dulu.
Ooooo yeeaaaa