Sunday, 22 February 2009

Teknologi NANO

Apa hal pulak cikgu matematik nak citer pasal teknologi NANO ni. Sebenarnya keajaiban Teknologi NANO ni memang hebat. Nak tahu cerita nya? Begini............



Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL - 1 nanometer = 0.000000001 meter.
Ini jelas menunjukkan betapa kecilnya saiz nano, sehingga mencapai 1000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia.


Menjelang era teknologi yang baru, Teknologi Nano luas diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti perubatan, maklumat teknologi sehingga ke bidang elektronik dan komputer. Sebagai contohnya, sekeping disk bernano mampu menyimpan jumlah maklumat sehingga 10,000,000 kali ganda berbanding disk yang biasa. Ini turut membuktikan bahawa penggunaan Teknologi Nano bukan sahaja meningkatkan kualiti produk, malahan ia menambahkan kapasiti dan kebaikannya serta dapat mengurangkan pembaziran.





Allah tu Maha Pencipta. Allah telah menganugerahkan kita satu teknologi yang cukup hebat dan luar biasa. NANO. Aku terpanggil utk berkongsi NANO ni dgn anda semua. Teknologi NANO ni banyak digunakan dalam pelabagai bidang, peperangan, perubatan dan sebagainya. Kini teknologi NANO telah digunakan dalam sistem rawatan air.





Ini la bendanya. Cukup hebat. Banyak testimoni yang berkongsi pengalaman menggunakannya. Dari masalah sakit kulit sehingga la masalah buah pinggang.

CIRI-CIRI BIO AURA HI-TECH WATER SYTEM:



1. Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: menukar dan membersih penapis menjadi lebih mudah dengan system “pusing dan kunci? Saluran hos dalaman tidak kelihatan untuk penapisan yang kemas



2. Pemasangan yang senang: disertakan dengan alat gentian untuk kesesuai jenis kepada paip rumah pengguna



3. Penutup penapis yang berwarna: setiap penapis diindikasikan dengan warna yang berbeza untuk kemudahan pengguna



4. Saiz penapis yang lebih besar: membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanannya



5. Sesuai untuk kegunaan: rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan



6. Pengiktirafan: kualiti air yang bertaraf dunia





6 PENAPIS ISTIMEWA





Setiap penapis ada fungsinya yang tersendiri.



PENAPIS A (CERAMIC)

Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.



PENAPIS B (BACTERIOSTATIC FILTER MEDIA)

Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.



PENAPIS C ( KDF + RESIN +ACTIVATED CARBON)

Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsure logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.



PENAPIS D (SILVER CARBON BLOCK)

Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.



PENAPIS E (BIO-MIRO BALL)

Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.



PENAPIS F (NANO CERAMIC BALL + BIO-MIRO BALL)

Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

TESTIMONI



Jenis Masalah:

Merasa gatal-gatal di seluruh badan dan sentiasa menggaru-garu sehingga kulit menjadi luka dan alah kepada cahaya matahari. Sekiranya terkena cahaya matahari, kulit badan akan mengelurkan habuk-habuk berwarna putih. Terpaksa bangun tidur seawal pagi untuk mandi kerana tidak tertahan dengan kegatalan kulit dan tidur kurang lena.

Berkeseorangan di sekolah kerana sebahagian pelajar-pelajar sekolah menjauhkan diri kerana masalah badan berbau kurang menyenangkan (hanyir). Terpaksa berpantang dengan berjenis-jenis makanan dan hanya memakan daging goreng sahaja.





Usaha yang dilakukan:

Sehingga kini masih di bawah pemerhatian pakar perubatan melalui temu janji sebulan sekali untuk mendapatkan rawatan dan ubat. Diperkenalkan dengan Bio Aura dan telah menggunakan beberapa kaedah iaitu dengan merendam kaki dan mandi, dan meminum air Bio Aura sebanyak mungkin setiap hari.





Hasilnya:

Berlaku perubahan-perubahan yang di luar jangkaan kerana tahap kesihatan yang semakin baik. Sudah mula kurang menggaru-garu kerana masalah gatal semakin berkurangan, malah kulitnya yang berwarna kemerah-merahan dan putih mengalami proses pengelupasan dan menjadi gelap, luka-luka semakin sembuh. Tidurnya menjadi semakin nyenyak dan kadangkala sehingga ke pukul 11.00 pagi. Di sekolah, dapat menghadiri kelas sepenuh masa sebagaimana pelajar-pelajar lain.





Nama: Kamarul Bin Mansur

Umur: 16 tahun

Alamat: Sungai Tong, Setiu, Terengganu











SEKIAN, TERIMA KASIH.

HAI-O. my choice for LIFE



Friday, 13 February 2009

Takut @ Hormat.

Hari Jumaat yg mulia ni aku terasa tersangat la bengang ngan murid2 ku. Dah la hari ni sekolah takat pukul 12 je. Hanya 4 jam 20 minit je masa yang ada kat sekolah. Bukannya aku nak cakap aku suka duk lelama kat skolah tu cuma hari jumaat la hari yg paling memenatkan aku kat sekolah. Mana taknya, dgn masa 4 jam 20 minit itulah aku kena abiskan 4 kelas mengajar atau 8 waktu (1 waktu = 30 minit) maka secara totalnya aku mengajar 4 jam. 20 minit lg buat apa? Apa lagi rehat la (makan). Itu ok lagi. Bagi aku itu adalah tanggungjawab aku.

Yang bengangnya, budak2 ni, tak serius masa belajar. Itulah masalah utama murid2 kita sekarang ni. Alu ni bukannya guru yg garang. Tapi tak jugak jenis yg berlembut. Tapi tegas. Masalah budak2 ni diorang tak serius. Homework tak buat, buku tak bawak, buku hilang, yang paling aku takleh terima "kucing makan buku saya, cikgu." Apa lagi sebijik lempangan hinggap kat kepala dia la. Silap haribulan la budak tu. Timing tak kena. Dah la kau tengah bengang.

Apa yang aku ceritakan ni memang biasa dilalui oleh mana2 guru. Tapi tak semua. Budak2 ni kalau dia takut dgn sorang cikgu tu dia akan buat apa saja yg cikgu tu suruh. Tapi aku tak suka macam tu. Budak2 nanti tak ikhlas apa yg diorang buat. Pastu mula la nak tiru kawan dia. Ye la takut nanti tak pasal2 kena lempang. Maknanya diorang buat homework sebab takut kena marah+lempang. Tak tercapai objektif pembelajaran. Tapi kalau dia hormat kat cikgu tu, dia dgn sendirinya akan berasa segan kat cikgu tu kalau dia tak buat homework.

Ini lah yang sukar dicapai oleh seseorg cikgu. Budak buat homework sebab takut bukan hormat. Kalau budak2 ni dia tahu apa matlamat dan tujuan dia ke sekolah, sudah pasti diorng ni akan fokus dan lebih serius. Even budak SBP pun kalau tak serius dan fokus diorang akan gagal jugak.

Jadi jgn ingat tugas cikgu senang. Bukannya masuk kelas, pum pam pum pam mengajar pastu keluar kelas, lepak2 kat bilik guru, pastu masuk kelas lagi. Berat tanggungjawab seorng cikgu. Setiap cikgu kena pastikan budak2 ni paham apa yang diajar. kalau budak tak paham, cikgu kena cari cara supaya budak tu kena paham. Ada paham?!

Maka dengan itu, Gaji cikgu perlu dinaikkan lagi. Hahahaha.......

Monday, 9 February 2009

Buku teks

Petang tadi aku terbaca satu rencana di Berita Harian tentang masalah pelajar yang tidak membawa buku teks ke sekolah.

Sebagai seorg guru di sekolah rendah, aku jarang berhadapan dgn masalah murid yg tidak membawa buku teks ke sekolah. Terlebih bawa buku teks tu ada la. Ye la budak sekolah rendah ni mana pandai lagi nak mencari idea kelentong cikgu dgn alasan yg bukan2. Mereka takut kat amaran yg tlh cikgu bagi kalau tak bawa buku teks. Nak selamat bawa je semua. Tu yg beg sekolah berat sampai senget2 bahu budak2 tu. Kesian.... Tambah pulak kalau beg yg lg besar drpd mereka. Lagi kesian........

Tapi masalah tak bawak buku teks ni memang masalah yg sgt popular di sekolah menengah. Kalau kita tgk pelajar2 sekolah menengah skrg ni memang lenggang je gi sekolah. Masa aku jadi pelajar sekolah dulu pun tak jugak bawak buku byk2. Tapi takde la tak bawa langsung. Kalau dah berjalan lenggang masuk ke pagar sekolah tu, apa benda yg diorang belajar kat sekolah tu?

Tapi dalam hal ni, pelajar tidak blh disalahkan 100%. Kalau ditanya kpd pelajar, alasan mereka satu je, cikgu tak guna buku teks. Ha, ni satu lg masalah. Alih2 masalahnya berpunca dari cikgu gak. Cikgu pun satu hal, kenapa tak nak guna buku teks yg kerajaan bekalkan? Alasan cikgu, kandungan pelajaran dlm buku teks tak mencukupi. Maka cikgu terpaksa menggunakan buku rujukan yg lain. Betul jgk kan?

Bagi aku, kandungan pelaran dalam buku teks yg dibekalkan tu sebenarnya dah mencukupi, tetapi pelajar tu sendiri kena la mencari sendiri maklumat2 tambahan untuk memantopkan lg pengetahuan dan pelajaran mereka. Masalahnya pelajar2 kita ni semua makan suap. Kalau cikgu tak bagi, takdenya mereka nak cari sendiri. Tapi itulah sistem pendidikan di negara kita ni. Semua makan bersuap. Tu yang bila dah masuk IPT, nak buat assignment mula la nak tiru2 org. Kalau tak pun diceduknya 100% dalam buku. Apa yg diceduk ntah dia tahu ataupun tidak. Main ceduk je.

Apa pun, marila kita bersama menuju kegemilangan pendidikan kelas pertama.

Kesian.....

"Rafi, kenapa dengan Abg Jamil tu?" tanya Latifah.
"Kesian..." jawab si Rafi.
"Apa yang kesian?" tanya Tipah lagi.
"Kesian...." ulang Rafi.

Begitulah dialog dalam filem Madu Tiga. Kesian..... Apa yang kesian? Siapa kesian kat sapa ni?

Kesian kat rakyat negeri Perak. Orang lain yang bercakaran, rakyat yang terima kesengsaraan. Politik. Politik.

Situasi di negeri Perak sekarang memang unik dan jarang2 berlaku di dlm negara kita ni. Kalau tak silap aku mengikut sejarah perkara senario kekalutan mcm ni pernah berlaku pd tahun 1960 kat Terengganu. Wakil rakyat menyorok dan tup tup keluar dari menyorok dah lompat parti.

Bagi aku, seadil-adilnya, pilihanraya patut dilakukan semula. Bagi peluang rakyat memilih semula wakil mereka. Lagipun jumlah kerusi PR dan BN seri apa. Kalau dlm bolasepak seri sehingga masa tambahan kena penalti. Dlm badminton ada deuce. Baru la adil kan? Aku bukan menyebelahi sapa2. BN pun tak PR pun tak. Mungkin pada PRU 12 hari tu rakyat Perak memprotes kat BN jadi mereka tiada pilihan sanggup membayar nilai yg mahal memilih PR. Tetapi kalau pilihanraya diadakan semula, aku pasti rakyat Perak pasti tidak teragak-agak lagi untuk memilih kerajaan yang betul dan adil.

Setakat blog ini ditlis, ada berita terbaru mengatakan ahli Parlimen Bkt Gantang, YB Roslan (PAS) meninggal dunia. Nampaknya kedua-dua PR & BN sudah berkira-kira akan melawan habis-habisan untuk memenangi kerusi ini. Yang pasti pertandingan akan sengit. Kita tunggu dan lihat aje la.








Sunday, 1 February 2009

Ahad yg bosan

Ahad kembali lagi....

Hari ni mmg aku ngan family xde plan nk gi mana & buat apa. Cuma wife aku ngan acara wajib dia la setiap hr Ahad, basuh kain baju stock seminggu punya. Sayang MAMA kerana menjalankan tugas dgn penuh dedikasi.

Aku rileks je... Tu yg buatkan wife aku kekadang tu bengang ngan aku. Aku tolong gak la sikit2. Tapi sebenarnya aku ada misi yg perlu aku selesaikan. Iaitu menanda buku latihan murid aku sebanyak 3 kelas. Satu kelas 35 buku, 3 kelas?..... Banyak tu. Tapi takpe... aku akan cuba selesaikan misi tersebut malam ni.

Hopefully aku akan meng'accomplish'kan misi aku malam ni sebelum game LIVERPOOL and CHELSEA.

Chow...