Tuesday, 3 May 2011

Kekalkan Kedudukan.

Perlawanan ke-17 Liga Super pada malam ini menyaksikan misi untuk kekal di takhta liga bagi pasukan Kelantan. Keciciran mata selepas ini akan mengundang padah buat pasukan Wira Merah, kerana Selangor yang berkongsi mata akan mengambil peluang untuk memintas kedudukan Kelantan. Begitu juga bagi pasukan Terengganu yang ketinggalan 1 mata di belakang Selangor dan Kelantan.

Bagi pasukan Kelantan, kebangkitan pasukan Johor FC dalam perlawanan sebelum ini harus dijadikan panduan kerana pasukan dari selatan tanah air ini dilihat sudah menunjukkan peningkatan selepas menang ke atas Sabah 3-0 tempoh hari. Sudah pasti anak buah Azuan Zain akan cuba mengekalkan rentak permainan mereka pada malam ini.

Perlawanan pada malam ini memberi sedikit tekanan kepada pasukan Kelantan kerana mereka mahu mengekalkan kedudukan di atas liga sekarang. Motivasi dan sokongan padu penonton akan membakar lagi semangat pasukan Red Warriors pada malam ini.

Prestasi Kelantan yang memuncak ketika ini sudah pasti akan dikekalkan sehingga ke perlawanan terakhir liga, sekali gus muncul juara Liga Super yang sudah lama diidamkan.

Ramalan keputusan malam ini: Johor FC 0 - 2 Kelantan

Saturday, 30 April 2011

Peluang Kelantan Mendahului Liga


Banner: Kredit kepada theredkijang.com

Salam Red Warriors.

Berdasarkan kepada keputusan malam tadi, antara dua pasukan teratas Liga Super, peluang Kelantan untuk menjadi pendahulu liga adalah cerah. Dengan keputusan seri 1-1 antara Terengganu dan Selangor, menyaksikan Selangor mengumpul 33 mata dan Terengganu 32 mata. Sekiranya keputusan malam ini memihak kepada pasukan The Red Warriors, mereka akan berkongsi mata dengan Selangor tetapi jumlah jaringan memihak kepada juara Piala Malaysia itu.

Foto: Kredit kepada eelobor.com

Dengan kemampuan barisan serangan Kelantan yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super, Norshahrul Idlan Talaha, jaringan awal perlu diperolehi bagi menyuntuk semangat pasukan. Jika dilihat pada rekod pertemuan kedua-dua pasukan, ia memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Walau bagaimanapun, kekebalan benteng pertahanan Kelantan perlu diperkemaskan lagi, apabila ketika pertemuan menentang Selangor tempoh hari menyaksikan beberapa percubaan bahaya yang dibuat oleh pasukan lawan menggusarkan penonton. Namun kepercayaan yang diberikan oleh Datuk M Karathu kepada empat pemain pertahanan Kelantan harus dibalas. Di pintu gawang pula, kecemerlangan yang ditunjukkan oleh Kharirul Fahmi ditagih sekali lagi. Kepantasan Apek menyelamatkan beberapa cubaan Selangor telah menampakkan kebangkitan semula penjaga gol kebangssan ini.

Foto: Kredit kepada theredwarriors.com

Foto: Kredit kepada redsfc news

Dengan kehadiran dua pemain yang baru pada musim ini, Nurul Azuan Roya dan Danial Fazly Abdullah, telah dapat menggerakkan pasukan di bahagian tengah. Ini memberi peluang Datuk M Karathu menolak Piya ke bahagian serangan. Cubaan jurulatih menggandingkan Piya dan Mat Yo di bahagian serangan menunjukkan sedikit kurang serasi antara mereka. Piya dilihat kurang selesa di posisi barunya dan beliau banyak berada di belakang Mat Yo. Nor Shahrul seperti biasa dengan kelincahan serta kemahiran menggelecek beliau boleh membuat pertahanan lawan menjadi kelam kabut.

Di harap perlawanan malam nanti akan memihak kepada pasukan The Red Warriors sekali gus merampas kedudukan pendahulu Liga Super dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Gomo Kelate Gomo.


Monday, 25 April 2011

Preview Kelantan Lwn Selangor

Malam esok ibarat perlawanan El-Clasico di La Liga Sepanyol iaitu pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia iaitu The Red Warriors (Kelantan) dan Red Giant (Selangor).

Foto kredit kepada PFKE.com


Berdasarkan kepada rekod 5 pertemuan sebelum ini, 2 kemenangan memihak kepada Kelantan dan 3 seri. Kemenangan terakhir The Red Warriors terakhir terhadap Red Giant adalah pada perlawanan pembuka liga iaitu pada 29 Januari 2011 memihak kepada Kelantan dengan kemenangan 2-0.

Jika dilihat kepada prestasi semasa, Selangor mampu memberi cabaran kepada pasukan Kelantan yang kurang konsisten akhir-akhir ini. Walau bagaimanapun kemenangan besar 4-0 ketika melayan kunjungan Perlis di Kota Bharu merupakan satu motivasi untuk pasukan Wira Merah ini.

Pertemuan malam esok akan memberi petunjuk kepada perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 yang akan berlangsung pada 12 Mei 2011 di Kota Bharu. Pasukan manakah yang akan memberi tekanan kepada pasukan lawan nanti.

Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang menjadi sandaran pasukan Kelantan akan dikawal rapi oleh narisan pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom (Achong). Penjaring terbanyak pasukan Kelantan dengan 11 gol setakat ini akan berusaha untuk menambahkan koleksi gol seterusnya menjadikannya sebagai penyerang yang paling digeruni di Malaysia.


Bagi Selangor pula pengalaman dan kemahiran yang ada pada Amri Yahyah akan digunakan sepenuhnya bagi merobek pintu gol Kelantan yang akan dikawal ketat oleh Khairul Fahmi (Apek).

Foto kredit kepada theredwarriors.com

Apa-apa pun, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang tapi kelebihan memihak kepada Kelantan selaku tuan rumah. Sudah pasti Stadium Sultan Muhammad Ke-IV akan dipenuhi oleh lautan merah dan semestinya tiada penyokong Selangor yang berani meredah lautan Merah di Kota Bharu.





Thursday, 27 January 2011

Datuk M.Karathu jurulatih baru TRW

Salam Red Warriors...


Selesai. Itulah perkataaan yang sesuai untuk pasukan TRW apabila Datuk M.Karathu telah bersetuju untuk menjadi jurulatih baru TRW menggantikan B.Sathianathan. Beliau akan menendatangani kontrak selama setahun. Nama M.Karathu bukan asing dalam sejarah bola sepak Kelantan kerana belaiu pernah membimbing Kelantan pada era 90-an.


Foto sumber dari TheRedWarriors.com

Dikhabarkan beliau akan tiba pada pukul 8 pagi ini di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kota Bharu dan proses serah tugas oleh B.Sathiantahn akan dilakukan. Tugas pertama M.Karathu ialah membawa pulang Piala Sumbangsih yang belum pernah dimiliki oleh TRW.

Dalam Facebook TSAM:
"Pagi esok DATO M KARATHU TIBA DI AIRPORT JAM 8 pagi Dan SATHIA AKAN MENJEMPUTNYA DI AIRPORT...selepas sarapan beliau akan terus ke STADIUM menemui pemain bersama sathianathan..walau sathia tak lagi didaftarkan sbg jurulateh M LEAGUE,beliau tetap menjadi CHIEF ADVISOR KPD SEMUA JURULATIH DAN PASUKAN KELANTAN.."


Wednesday, 26 January 2011

Logo Liga Super 2011

Hari ni FAM melancarkan logo baru Liga Super 2011.




Diharap logo baru disertakan dengan semangat baru dan juara baru.