Thursday, 23 April 2009

Teruja....


Peminat-peminat bola Red Warriors teruja gila menanti hari sabtu ni. Dianggarkan lebih 40 000 penyokong kelantan akan membanjiri stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ni. Terujakah aku? Teruja tu teruja la jugak. Ye la first time. Bila lagi pasukan negeri kita masuk final Piala FA. Tapi apa yang aku nimbang adalah keterujaan akan membawa kekecewaan. Penyokong kelantan ni biasa la, kalau menang memang baik perangainya. Kalau kalah, memang rusuhan la jawabnya. Itulah yang terjadi masa kat Shah Alam 28 Feb lalu. Rusuhan kat KB hari tu pun sebab tak puas hati kalah. Mereka semua tak boleh menerima kekalahan. Akibatnya terpaksa menjadikan stadium Sultan Muhammad IV bergelap dan sunyi sepanjang musim ni.

Inilah sikap yang sukar dibendung dikalangan penyokong kelantan. Kalah merusuh, kalah merusuh, merusuh kalah.

Masa game kat Paroi hari tu, "juruh" penyokong-penyokong kelantan. Sebab apa? Sebab menang. Cuba buat kalah hari tu, mahunya merusuh hari tu kat Paroi.

Tu lah, aku harap semua penyokong-penyokong kelantan bersikap professional, adat la main bola, ada ketika kita menang, ada kala kita kalah. Tapi pesanan untuk player Red Warriors, anda perlu buktikan yang kelantan adalah apsukan yang akan digeruni sampai la final Piala Malaysia. Buktikan kepada kami, anda mampu membenam selangor. Kita bermain di Stadium sementara kita di Bukit Jalil. Kita adalah tuan rumah.

GOMO KELATE GOMO.

Sunday, 5 April 2009

Mana aku pegi?

Semingu lebih aku tak blogging. Sejak lepas cuti sekolah ari tu sampai la saat ni baru la aku ada masa & mood nak cerita kat blog ni.

Sebenarnya aku tak ke mana. Ada kat Seremban ni. Cuma aku busy skit ngan kerja2 kat skolah tu. Besa la setakat dah jadi S/U Kokurikulum ni, kerja bertambah-tambah. Lepas cuti ari tu, on 28 March, aku busy mengelola Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Seremban. Semua berjalan lancar. Komitmen semua cikgu2 skolah aku, tip top. Mantooooppp. Thank you, semua.

Dah selesai semua tu, aku kena buat report pasal Pertandingan tu, pastu kena antar kat PPD. Ingatkan dah abis Kawad kaki tu, boleh la aku concentrate kat budak2 aku. Kesian diorang, sepanjang minggu tu aku terpaksa excuse semua kelas. Dah la budak2 tu nak exam (UPSR) tahun ni. Cikgu janji, lepas selepas selesai semua kerja ni, cikgu akan cover semua yg tertinggal tu.

Mana, dah abis kawad kaki, datang lak penganjuran Pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah pulak. Abis tu skolah awak ada padang paling besar. Nak kena siapkan padang la pulak. Nak kena buat line, siapkan surat2 jemputan, pengadil dan segala macam la.

Dah abis tu, dah ada tugas menanti bulan May nanti, Aku kena menguruskan persiapan pasukan Bola Baling sekolah pulak. Nasib baik ada cikgu yang sudi membantu. Selection dah buat, tunggu nak turun training je.

Aku rasa masa aku kerja ngan company housing developer dulu tak seteruk ni kerja yang bertimpa-timpa. Tapi takpe, mungkin ada rahmat disebalik semua ni. Mungkin ini la masa aku nak tonjolkan kemahiran dan bakat aku mengurus dan mentadbir.

Aku tak menharap apa2 cuma pengalaman yang paling berharga. Betul tak?

Alamak, bini aku dah gigit2 telinga ni. Ada tugas perlu dilaksanakn. Chow dulu.

Ooooo yeeaaaa

Monday, 23 March 2009

Bas rosak.....hampeh

Tentu korang semua tertanya-tanya ke mana aku pergi menghilang selama seminggu kan? (Ada ke yang ambik kisah pasal aku kat blog ni?) Aku balik kampung. Kelate...

Aku balik ngan bas. Balik sorang je. Isteri & anak aku tak ikut.

Bukan apa yang berlaku kat kampung aku nak citer ni. Tapi masa aku otw nk balik sban semalam ni yg aku nak citer... Tiket yg ada kat aku tulis tarikh: 22.03.2009, masa:8.30 pagi, tempat naik: Stesyen Bas Langgar, tempat turun: Seremban.

Jadi aku pagi2 lagi (pukul 7.50) dah ada kat stesyen. Bas takde lagi. Ok takpe mungkin jap lagi kot... Pukul 8.15 tak datang lagi.... Lambat kot bas ni. Tunggu lagi... Bas ke KL, Ipoh, Kuantan, semua dah gerak. Tup tup dah pukul 10. Aku pegi tanya kat kaunter. Dia jawab, "bah punoh abe, tengoh duk bekki kat Kadok. Sakni kito talipong tengoh duk pasey taya". ("Bas rosak bang, tengah repair kat Kadok. Tadi saya call bas sedang pasang tayar".) Tgh pasang tayar?! Baru pasang tayar. Belum lagi pasang seat dan lain2 lagi tu... "Smeta lagi sapa la...".("Sekejap lagi sampai la..".) Ok sabar menunggu.

Dah pukul 11.30, tak sampai2 jugak. Melampau la ni.... Pukul berapa aku nak sampai Seremban ni...? Lebih kurang pukul 12 tgh hari, muncul la bas yg dinanti nanti.

Punya la membebel semua orang kat driver tu. "Kito nok wak ghano, bah nok punoh." ("Saya nak mcm mane, bas dah nak rosak") Macam tu ke cara jawab kat penumpang yang jugak pelanggan mereka? Cakap la maaf dulu ke. Yang akak tu pun satu, driver tu tgh bengang terus hentam dia buat apa? Bukannya dia nak tahu bas nak rosak. Lagi satu, sepatutnya syarikat kena la standby bas backup. Kesian la kat kitorang yang menunggu lebih 4 jam. Kurang2 bagi la nasi sebungkus sorang.

Dah la masa kat Merapoh berenti kat kedai yang takde nasi. Air pun takde. Bengang gile.....

Ni la kali terakhir aku naik bas syarikat tu...(tak perlu mention la). Ntah2 aku takkan naik bas lagi balik kelate. Naik flight la pulak. Budget takdak. Drive le. Penak pulak. Senang2 takyah balik. Kesian pulak kat org tua kat kampung. Abis tu camne? Adakah? Adakah aku perlu transfer ke sana? Ooooo...tidak. Kenape? Hehehehe...sayang bini la....

Ok chow....

Monday, 16 March 2009

Akhirnya.....

Setelah beberapa hari tak blogging (laptop rosak), akhirnya cikgu nik kembali. Wah...macam la ramai yg tgh tunggu aku kat blog ni. Tapi memang tak tentu arah gak la bila tak dapat online untuk beberapa hari.

Cakap pasal laptop, kisah laptop aku yg dijumpai di kantin hari tu, GB aku tak menyalahkan aku. Cikgu A tu memang mintak maap kat aku. Sangat2. Rupanya pada hari yang sama, adu satu kes lagi pasal laptop ni. Kisahnya ada seorang cikgu mintak tolong sorang student ni letak laptop dan pencil case nya dalam kereta (kenari kelabu). Masa nak balik tu, laptop tu takde dalam kereta. Mula2 cikgu tu cuak gak la. Nak cari budak yang letak laptop tu, dah balik pulak budak tu. Pastu apa lagi nangis la cikgu malang itu. Nangis2 kat pejabat. GB apa lagi, mintak cikgu tu selesaikan la. Cikgu gelabah gila call rumah budak tu. Takde org angkat. Budak tu balik dari sekolah stay kat rumah nenek dia. Nombor phone rumah nenek dia takde dlm rekod sekolah. Call HP bapak dia dapat la no phone rumah nenek dia. Cikgu tu pun call la rumah nenek budak tu. Dapat cakap ngan budak tu. Apa lagi siasat punya siasat, rupanya si budak tu tersalah letak dalam kereta cikgu lain, kebetulan kereta sama, warna sama, dan kereta cikgu tu pulak tak berkunci. Apa lagi call la cikgu yg kereta sama tu. Memang ada la dlm bonet kereta cikgu tu. Lega..... baru la tersenyum cikgu yang malang itu.

Moral of the story, jgn la mintak tolong budak antar laptop atau pun benda2 yg berharga. Buku2 tu boleh la. Bukan apa kekadang budak2 ni suka nak tolong cikgu dia.
Satu lagi lain kali kunci la kereta walau di mana anda berada.

P/S: Pasal citer aku yang lepas, thanks to Fader and Buyui yg bagi comment dan keperihatinan korang.

Thursday, 12 March 2009

Aku ke yang salah?

Siapakah yg bersalah apabila barang kita yang diambil oleh seseorang tanpa dimaklumkan kepada kita tetiba hilang?
A. Tuan punya barang
B. Orang yg mengambil barang tanpa pengetahuan tuan punya barang
C. Barang itu sendiri
D. Kesemua di atas

Jawapannya ialah D. Kesemua di atas.

Itulah yang terjadi padaku. Laptop sekolah yang dipinjamkan kepadaku telah diambil oleh seorang cikgu lain tanpa pengetahuan aku telah dijumpai berada di kantin tidak bertuan. Siasat punya siasat di dapati cikgu A telah mengambilnya tanpa pengetahuan aku. Dia memohon maaf kepada ku tentang kesilapannya. Yang peliknya laptop tu aku tak dapat ambil balik, sebab GB mintak aku buat show cause letter. Apa hal pulak aku... Bukan aku yang salah. Cikgu A tu lah yang salah. Peduli la takdenya aku nak buat surat tu. Betul la kan dlm situasi ni aku bersalah, Cikgu A tu bersalah, laptop tu pun bersalah (mengikut pandangan GB aku.) Pelik pelik.......

Apa apa pun aku maafkan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak dalam kes ni.